Keistimewaan Ibu Pejabat Shaklee

Assalamualaikum...

Hummm pasal ibu pejabat Shaklee pun nak update masuk blog...harus la kan kata Shaklee di hati ku wahhhh gitu hehe. Saje nak bagitau semua orang apa yang best sangat pasal Shaklee ni selain produknya yang hebat. Apa yang membezakan Shaklee dengan produk lain? Boleh klik SINI untuk baca...kalau nak tau maklumat lain tentang Shaklee boleh klik Tentang Shaklee. Kalau dah baca pasti anda jatuh hati dan suka dengan jenama Shaklee ni.

Okey jom sambung cerita tentang ibu pejabat Shaklee.

Ibu pejabat Shaklee yang terletak di Pleasanton, California, bukan sekadar pusat operasi. Malah ia adalah simbolik kepada falsafah yang dipegang oleh Shaklee.

Ibu pejabat Shaklee direkabentuk oleh arkitek terkenal iaitu Gensler, menjadikan bangunan ini mesra pengguna dan mesra alam iaitu sebagai refleksi kepada komitmen Shaklee terhadap "Kehidupan yang Harmoni bersama Alam Semulajadi".


Apabila di berada di ibu pejabat Shaklee kita boleh menikmati pemandangan indah iaitu langit, tumbuh-tumbuhan, bukit bukau, dan kehijauan tanah lapang, tidak kira di mana posisi anda berada dalam bangunan ini. Rekabentuknya yang serba moden dan maju, membolehkan ia diterangi secara semulajadi oleh cahaya luar, serta pembinaannya daripada bahan dan warna secara semulajadi.




Dia antara keunikan ibu pejabat Shaklee ialah:

  • Bahan-bahan kayu dan pintu diambil dari kawasan hutan mampan.
  • Pembuatan permaidani daripada bahan yang dikitar semula.
  • Kerusi-kerusi diperbuat daripada bahan yang dikitar semula.
  • Tanaman landskap yang dijaga rapi terdiri daripada sebahagian tumbuhan botanik yang terdapat di dalam produk-produk Shaklee.
  • Penggunaan sensor pergerakan bagi mengawal suis lampu untuk tujuan penjimatan tenaga.
  • Penghadang tingkap yang dikawal oleh sensor elektrik, bagi membolehkan 80% cahaya luar menerangi ruang dalaman dan pada masa yang sama menapis kepanasan.
  • Penggunaan "Low-E glass" di seluruh bangunan untuk penggunaan tenaga yang efisien.
  • Peredaran udara melalui bawah lantai untuk penggunaan tenaga yang lebih efisien dan menjamin kualiti udara.
  • Ruang dalaman yang luas bagi menggalakkan suasana kerja yang lebih harmoni dan menjamin peredaran udara segar.
  • Orientasi bangunan yang mesra alam dan kedudukannya yang berhampiran dengan pengangkutan awam.


Terima kasih sudi baca :)

No comments:

Post a Comment