Kenapa Saya Memilih Shaklee?

Assalamualaikum...

Malam ni nak bercerita sikit kenapa saya memilih Shaklee?

Dah bertahun saya nak jual produk kesihatan dan kecantikan sebenarnya...tapi tak tau nak pilih mana sebab banyak sangat lambakan produk sedemikian di pasaran. Lagipun saya ni jenis cerewet sikit hehe...bukan setakat cerewet untuk diri sendiri tapi juga cerewet untuk orang lain. Walaupun terlalu banyak produk di pasaran tapi saya tak rambang mata...takde la nak habiskan duit beli macam macam produk...kejap cuba tu kejap cuba ni...memang tak la..

Saya punya minat kat produk kecantikan, kesihatan, fesyen dan perkara cantik cantik ni luar biasa sikit...ni kiranya minat dari kecik lagi sampai la dah besar godang macam sekarang haha...minat tu tak pernah hilang. Jadi apa yang saya suka saya share dengan orang lain....jadi kalau uolsss tengok setiap benda yang saya jual itu la barang kegilaan saya. 

Sebenarnya dah lama kenal Shaklee ni tapi mula kenal betul betul awal tahun lepas...ada saya cerita kat SINI pengalaman pertama bersama Shaklee. Sebelum tu memang ambik masa yang lama...berhari-hari google apa saja maklumat berkaitan Shaklee dan produknya. Dah puas hati baru beli dan cuba...wowwww memang serasi dan menjadi dengan saya.

Apa yang membuatkan saya bertambah yakin dengan Shaklee ialah sebab produknya dah berada di pasaran lebih dari 50 tahun....LEBIH 50 TAHUN okey. Shaklee merupakan syarikat terulung di dunia yang menerajui produk kesihatan secara semulajadi.



Pada tahun 1915, Dr. Forrest C. Shaklee telah mencipat "vitalized minerals," iaitu merupakan multivitamin yang pertama di dunia. Pada tahun 1956, beliau telah menubuhkan Shaklee Corporation yang merupakan syarikat jualan langsung pertama di dunia. Usaha beliau telah menjadikannya sebagai pelopor industri nutrisi dan kaedah pengagihan yang menawarkan faedah dan keuntungan kepada para pengedar.

Tatkala ramai orang lain mengamalkan penggunaan plastik dan bahan-bahan sintetik, Shaklee kembali kepada semulajadi iaitu dengan mencari bahan-bahan semulajadi yang tulen untuk menghasilkan vitamin. Beliau juga di antara yang terawal mencipta bahan pencuci rumah bersifat biodegradasi di dunia.




The more you share with others, the more valuable your share will become. Do unto others as you would have them do unto you. - Dr. Forrest C. Shaklee

Lebih banyak anda berkongsi dengan orang lain, lebih tinggi nilai saham anda. Lakukan kepada orang lain sebagaimana anda mahu mereka lakukan kepada diri anda. - Dr. Forrest C. Shaklee

Tatkala ramai orang dan syarikat lain membelanjakan wang untuk tujuan pengiklanan dan pemasaran, Shaklee melaburkan berbilion ringgit sebagai ganjaran kepada para pengedarnya yang berkongsi tentang Shaklee. Ditambah pula dengan jutaan ringgit yang dilaburkan untuk tujuan penyelidikan dan pembangunan produk kesihatan Shaklee.

Syarikat Shaklee meneruskan kesinambungannya di dalam menerajui kepercayaan bahawa kesihatan dan kebahagiaan manusia sebagai sandaran utama kepada pembinaan dan pembentukan kehidupan dunia yang lebih baik.

Sampai di sini dulu ye...saya akan sambung lagi nanti. Bab ujian kualiti dan kajian klinikal ke atas produk Shaklee belum cerita lagi ni...saya plak yang tak sabar kalau boleh nak cerita semua hehe kan muntah plak baca panjang berjela :D

Okey jumpa lagi....terima kasih sudi baca ^_^


2 comments: