Vivix® - Supplement Anti Penuaan Terbaik di Dunia

Assalamualaikum...

Hati tidak sabar nak update tentang Vivix® ni, akhirnya dapat juga update. Ada sesetengah orang memanggilnya sebagai tonik ajaib Shaklee hehe...tapi betul la kebanyakan testimoni yang saya baca semuanya mengakui kehebatan Vivix®. Kiranya kalau dah cuba sekali pasti akan repeat order lepas tu.

Pada tahun 2008, Shaklee telah memperkenalkan Vivix®, iaitu produk supplement revolusionari anti-penuaan terbaik di dunia, yang dibangunkan selepas penyelidikan bertahun-tahun oleh Shaklee. Vivix® juga merupakan satu-satunya supplement pertama di dunia yang mampu menembusi DNA manusia.



Anti penuaan tu bukannya bermaksud tidak akan tua langsung walaupun umur dah 80 tahun. Supplement anti penuaan Vivix® ni menjadikan penuaan berlaku secara sihat. Contohnya Zainah dan Salmah adalah rakan sepejabat dan kedua-duanya berusia 50 tahun. Zainah mengamalkan Vivix®, sebaliknya Salmah langsung tidak mengambil sebarang supplement. Apabila keluar berdua orang ramai selalu menyapa Salmah dengan panggilan makcik kerana wajahnya yang dimamah usia. Berbanding dengan Zainah ramai yang menyangka dia berusia 30an disebabkan kulit wajahnya tidak menggambarkan usianya dan kelihatan cergas bertenaga seperti orang muda.

Haaaa nak ke macam tu???? Lagi haru bila jalan dengan suami...nanti jumpa kawan lama ada yang menyapa "keluar dengan adik je ke, suami mana?"...fuhhhh sentap okey.

Dalam kajian di makmal, ramuan Vivix® telah menunjukkan kesan ke atas empat mekanisma penting penuaan. Jom lihat apakah empat mekanisma penuaan tersebut.

1. Kerosakan DNA
Sel tubuh kita mudah diserang oleh radikal bebas yang akan merosakkan sel, merubah fungsi, dan juga DNAnya. Kerosakan ini melibatkan semua sel baru yang mewarisi DNA tersebut. Semakin usia meningkat semakin bertambah sel badan yang rosak dan semakin banyak fungsi semulajadi badan tergendala, seterusnya menyebabkan pelbagai masalah kesihatan. Selain itu, kerosakan DNA juga boleh menyebabkan tahap kolagen, dan elastin dalam kulit mula merosot hingga menjejaskan keanjalannya. 

Oleh itu, ramuan Vivix® Shaklee dapat melindungi dan memperbaiki molekul DNA. Yessss Vivix® Shaklee merupakan SATU-SATUNYA produk yang mampu menembusi DNA manusia.

2. Kawalan Genetik
Kawalan genetik menyumbang kepada kemerosoton umur pada tahap sellular. 

Ujian klinikal menunjukkan ramuan Vivix® dapat mengaktifkan kunci pengawal genetik yang membantu melambatkan penuaan tahap sellular.

3. Pengurangan Tenaga Sel
Mitokondria (penjana tenaga) di dalam sel berfungsi menghasilkan tenaga yang kita perlukan. Apabila kecekapan mitokondria menurun, fungsi sel akan turut menurun.

Bahan yang terkandung dalam Vivix® dapat menggalakkan biogenesis (pembentukan baru) mitokondria untuk meningkatkan tahap tenaga supaya sel dapat berfungi pada tahap tertinggi. Secara tidak langsung, sel-sel akan hidup lebih lama dan akan memberikan kesan yang baik kepada kesihatan kita.

4. Pengumpulan protein AGE
Apa itu AGE? AGE (advanced glycation end products) merupakan protein atau lipid (lemak) yang bergabung dengan molekul gula tanpa bantuan enzim untuk mengawal tindak balas tersebut. Penimbunan berlebihan protein AGE boleh menyebabkan kerosakan tahap sellular yang akan menganggu kekuatan sel. 

Antara masalah yang berkaitan dengan pembentukan protein AGE ialah diabetes, kerosakan pada kolagen kulit, dan penyakit kardiovaskular.

Bahan yang terkandung dalam Vivix® adalah 10 X ganda tinggi resveratrol (kandungan unik dalam anggur muscadine) yang berfungsi untuk melambatkan pembentukan protein AGE.


Vivix® Shaklee hanya berharga RM475 (150 ml)

Disclaimer: Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.  



SHAKLEE Independent Distributor (SID 1175809)


Dengan setiap pembelian anda akan mendapat konsultasi dan tips eksklusif percuma dari saya. Sila hubungi:

WhatsApp/Telegram: 019-3464793
Email: missnick84@gmail.com

Personal FB: Nik Azidah
FB Page: Cantik Sihat by MissNick


Untuk mendaftar sebagai pengedar Shaklee sila klik SINI

Untuk melihat senarai harga bagi setiap produk Shaklee sila klik SINI

Lagi Perbezaan Shaklee

Assalamualaikum...

Hati tengah gembira sebab masih bercuti kan hehe. Selalu time macam ni saya kat dalam kelas tengah mengajar. Seronok sebab otak lapang tak perlu fikir hal kerja, boleh fokus sepenuhnya pada bisnes, so memang pulun habis habisan la ni. Kalau dah masuk kerja nanti masa agak terhad, malam baru dapat mengadap blog dan siapkan urusan lain. Apa pun saya sayangkan kerjaya saya, seronok dapat berkongsi ilmu psikologi dengan pelajar. Bisnes pun sayang juga...kedua-duanya cinta hati saya haaaa senang cerita.

Disebabkan kagum dengan syarikat dan produk Shaklee, sekali lagi saya nak update tentang perbezaan Shaklee, padahal sebelum ni dah update. Perbezaannya sama je seperti yang pernah update sebelum ni, tetap ada tiga perkara iaitu sentiasa selamat, sentiasa berkesan dan sentiasa mesra alam.

Selama lebih 50 tahun, beberapa generasi keluarga telah mengharapkan Shaklee untuk melakukan apa yang syarikat lain tidak boleh lakukan, iaitu membuat produk yang semulajadi selamat dan terbukti berkesan.

Misi Shaklee ialah untuk menyediakan kehidupan yang lebih sihat untuk semua orang dan kehidupan yang lebih baik untuk sesiapa sahaja. Shaklee melakukannya dengan membuat produk semulajadi yang luar biasa iaitu selamat, berkesan, dan mesra alam

Apabila anda memilih Shaklee sebagai jenama makanan tambahan, anda akan tahu bahawa tiga perkara ini adalah benar iaitu Shaklee SENTIASA SELAMAT, SENTIASA BERKESAN, SENTIASA MESRA ALAM. Hal ini terbukti selama lebih 50 tahun.




SENTIASA SELAMAT
  • Tahap keselamatan dan standard yang tiada bandingan.
  • Lebih 100,000 ujian kualiti setahun bagi memastikan ketulenan dan kebolehan potensi sebenar.
  • Menjalankan lebih 350 ujian pada setiap ramuan baru untuk mengesan bahan pencemaran berbahaya.
SENTIASA BERKESAN
  • USD 300 juta dilaburkan untuk tujuan penyelidikan dan pembangunan (R&D).
  • Lebih 100 kajian klinikal diterbitkan (bukti kajian sains dan makmal).
  • 55 jenis produk yang dipatenkan.
  • 54 pingat emas Olimpik yang dimenangi oleh atlet yang menggunakan produk Shaklee.
  • Pemilihan bahan-bahan semulajadi yang paling halus dan tulen.
  • Melakukan landmark study.
SENTIASA MESRA ALAM
  • Tiada perasa tiruan.
  • Tiada pemanis tiruan.
  • Tiada ujian haiwan.
  • Tiada bahan kimia.
  • Pembungkusan adalah bebas bisphenol-A, phthalates, dan dakwat toksik.
  • Pembungkusan menggunakan bahan yang dikitar semula.
  • Peneraju dalam pergerakan alam sekitar. 
  • Mencipta bahan pencuci tidak bertoksik yang pertama di dunia.
  • Syarikat pertama di dunia yang diiktiraf sebagai Climate Neutral™ bagi mengimbangi pengeluaran gas rumah hijau. 

Walau apa pun, pilihan terletak di tangan anda sebagai pengguna dan jadilah pengguna yang bijak. Saya telah memilih Shaklee sebab yakin bahawa produk Shaklee benar-benar selamat untuk diri saya, rumah saya, dan juga bumi yang saya diami. Setiap kesembuhan dan keberkesanan adalah dengan izin Allah SWT, supplement hanyalah asbab sahaja. Tapi sebagai hamba kita diminta berusaha kan, itulah yang saya lakukan pada pertama kali mencuba Shaklee dulu (masa tu belum jadi pengedar lagi). Berkesan untuk saya dan masalah yang saya hadapi juga selesai, barulah saya berani dan yakin untuk berkongsi tentang Shaklee dengan orang ramai. Pengalaman saya bersama produk Shaklee juga ada saya update dalam blog ni.


Disclaimer: Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.  



SHAKLEE Independent Distributor (SID 1175809)


Dengan setiap pembelian anda akan mendapat konsultasi dan tips eksklusif percuma dari saya. Sila hubungi:

WhatsApp/Telegram: 019-3464793
Email: missnick84@gmail.com

Personal FB: Nik Azidah
FB Page: Cantik Sihat by MissNick


Untuk mendaftar sebagai pengedar Shaklee sila klik SINI

Untuk melihat senarai harga bagi setiap produk Shaklee sila klik SINI

Sejarah Perkembangan Shaklee

Assalamualaikum...

Apabila membaca tentang sejarah perkembangan Shaklee terhadap alam sekitar dan lain-lain, rasa macam wowwwwww. Nak tau apa yang wowwwww sangat tu, jom kita tengok :)

Diasaskan pada tahun 1956, Shaklee merupakan syarikat pertama di dunia yang memperolehi pensijilan "Climate Neutral™" dan mengimbangi sepenuhnya pembebasan CO2, seterusnya menghasilkan impak sifar ke atas alam sekitar. Selama lebih lima dekad, Shaklee telah menyumbang kepada kepimpinan alam sekitar.

Selama lebih lima dekad juga syarikat Shaklee telah menerajui barangan dan produk kesihatan secara semulajadi yang terulung di dunia. Kemampanan dalam perniagaan dan pembangunan produk kesihatan.

  • 1915 - Dr. Forrest C. Shaklee telah mencipta "Vitalized Minerals", iaitu merupakan multivitamin yang pertama di dunia.
  • 1956 - Beliau telah menubuhkan Shaklee Corporation yang merupakan syarikat jualan langsung pertama di dunia. Usaha beliau telah menjadikannya sebagai pelopor industri nutrisi dan kaedah pengagihan yang menawarkan faedah dan keuntungan kepada para pengedar.
  • 1960 - Memperkenalkan Basic-H, iaitu bahan pencuci biodegradasi dan tidak bertoksik yang pertama di dunia.
  • 1961 - Shaklee mencipta protein segera, iaitu salah satu rumusan supplement soya yang pertama. 
  • 1972 - Shaklee memperkenalkan salah satu serbuk pencuci pakaian biodegradasi tanpa fosfat nitrat atau borat yang pertama.
  • 1977 - Shaklee disenaraikan dalam bursa saham New York.
  • 1981 - Shaklee memperkenalkan sistem pembebasan terkawal berasaskan tumbuhan yang pertama bagi Vitamin C.
  • 1982 - Shaklee menjadi salah sebuah syarikat Fortune 500.  
  • 1989 - Shaklee memberi bantuan kewangan dan produk kepada satu ekspedisi trans-Antartika yang diketuai oleh Will Steger, iaitu individu pertama yang menjelajah Antartika dengan berjalan kaki sejauh 3,700 batu.
  • 1989 - Shaklee dengan kerjasama American Himalayan Foundation telah menanam lebih daripada 1 juta pokok di Asia.
  • 1990 - Shaklee menerima anugerah "Family Circle's Green-Chip" sebagai salah satu daripada 10 syarikat yang mesra alam sekitar.
  • 1991 - Produk untuk kegunaan rumah digunakan dalam projek "Biosphere 2".
  • 1993 - Shaklee membekalkan NASA dengan minuman rehidrasi khas untuk angkasawan kapal angkasa yang dikenali sebagai Astro Aide.
  • 1996 - Shaklee membantu ahli sukan bertaraf dunia memenangi lapan pingat emas di Atlanta. 
  • 1996 - Produk Shaklee digunakan di atas kapal Odyssey, yang menjalankan penyelidikan dan pengumpulan data pencemaran laut di seluruh dunia. 
  • 2000 - Shaklee menjadi syarikat pertama di dunia yang memperolehi pensijilan CLIMATE NEUTRAL™, dan mengimbangi sepenuhnya pembebasan karbon dioksida.
  • 2002 - Shaklee dianugerahkan "Climate Protection" oleh Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat.
  • 2002 - Shaklee menerima anugerah "Environmental Stewardship" daripada Social Accountability International.
  • 2003 - Shaklee menyokong pembinaan sebuah turbin tenaga angin bagi Orang Asli Amerika.
  • 2003 - Shaklee membantu penukaran bas sekolah diesel di San Bernardio, California kepada biodiesel.
  • 2004 - Shaklee membekalkan tenaga kepada atlet-atlet bertaraf dunia bagi memenangi 15 pingat emas di Athens, Greece. 
  • 2005 - Shaklee memperkenalkan satu daripada formula keimunan penggalak interferon pertama yang dinamakan Nutriferon.
  • 2005 - Menyokong usaha Dr. Wangari Maathai, pemenang Nobel Peace 2004 ke atas projek beliau - Green Belt Movement.
  • 2006 - Pasukan ski dan luncur salji US yang terdiri daripada atlet-atlet yang dibekalkan tenaga oleh Shaklee memenangi 10 pingat di Itali
  • 2007 - Shaklee merupakan syarikat pertama di dunia yang mengimbangi pembebasan karbon, iaitu kerjasama dengan sebuah organisasi yang dipelopori oleh Dr. Jeffrey D. Sachs.
  • 2007 - Shaklee dipilih oleh Healthy Child Healthy World untuk menjadi rakan kongsi ekslusif kepada penghasilan video bertajuk "Creating Healthy Environments for Children".
  • 2007 - Shaklee dipilih oleh pengeluar filem "THE 11th HOUR" (dokumentari alam sekitar yang telah diterbitkan oleh Leonardo DiCaprio) sebagai rakan kongsi pengeluar filem - merujuk kepada komitmen dan sumbangan Shaklee dalam menjaga alam sekitar.
  • 2008 - Shaklee memperkenalkan Vivix yang merupakan penemuan revolusi terbaru dalam anti penuaan sel.

Saya kagum sebenarnya dengan Shaklee yang sentiasa membawa kemajuan dan mampu bertahan dalam perniagaan produk penjagaan kesihatan sehingga ke hari ini. Ini adalah antara sebab kenapa saya memilih Shaklee sebagai jenama supplement kami di rumah dan seterusnya berkongsi kebaikan dengan orang ramai. Apapun  pilihan di tangan anda dan jadilah pengguna yang bijak :)



Disclaimer: Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.  



SHAKLEE Independent Distributor (SID 1175809)


Dengan setiap pembelian anda akan mendapat konsultasi dan tips eksklusif percuma dari saya. Sila hubungi:

WhatsApp/Telegram: 019-3464793
Email: missnick84@gmail.com

Personal FB: Nik Azidah
FB Page: Cantik Sihat by MissNick


Untuk mendaftar sebagai pengedar Shaklee sila klik SINI

Untuk melihat senarai harga bagi setiap produk Shaklee sila klik SINI

Khasiat Garlic Complex Shaklee

Assalamualaikum...

Okey kita sambung lagi cerita tentang Garlic Complex Shaklee. Sebelum ni saya ada update tentang Siapakah yang Memerlukan Garlic Complex Shaklee? Baca jangan tak baca hehe...mana la tau kan anda salah seorang yang memerlukannya. Saya dah cuba....sedapppppp.

Garlic Complex Shaklee ni best sangat sebab ia berbeza dari supplement garlic lain di pasaran. Kalau nak tau apa perbezaan Garlic Complex Shaklee boleh baca di sini Perbezaan Garlic Complex Shaklee

Garlic atau dalam bahasa Melayu ialah bawang putih memang dah jadi benda wajib dalam masakan. Dulu main letak je bawang putih ni ingatkan saje nak menambah rasa sedap masakan. Sekarang dah tau yang bawang putih ni banyak khasiat rasa nak letak banyak banyak hehe. Kalau nak makan bawang putih mentah memang tak la kan. Tapi bagi yang mengambil berat tentang kesihatan mereka sanggup makan bawang putih mental digaul dengan nasi. Sejak kenal dengan Shaklee ni saya juga dah jadi penggemar bawang putih tapi dalam bentuk tablet la hehe.

Jom tengok apa khasiat yang terdapat pada Garlic Complex Shaklee.




  • Mengandungi ekstrak spearmint - Mempertingkatkan sistem penghadaman dan fungsi jantung.
  • Antibiotik yang selamat dan semulajadi - Garlic adalah antibiotic semulajadi. Ianya selamat untuk kegunaan jangka panjang untuk mempertingkatkan sistem imun badan, menghalang penyakit berjangkit seperti selsema, kulat, kuman, virus, dan yis candida.
  • Menghalang alergi - Mempertingkatkan penyakit berkaitan sistem imun seperti hidung yang sensitif, sinus, alergi, asthma, selsema, dan hepatitis.
  • Mempertingkatkan sistem penghadaman - Formula uniknya mampu mengatasi masalah berkaitan penghadaman seperti kembung perut, gastrik, dan ketidakhadaman. Garlic juga mampu menentang bacteria H. pylori dan menghalang ulser gastrik.
  • Menstabilkan tekanan darah tinggi - Kajian menunjukkan pengambilan 2 - 4 tablet garlic akan menurunkan darah tinggi dengan 8 point.
  • Detoksifikasi - Garlic mampu mengeluarkan raksa dari tubuh dengan pantas. Raksa, plumbum, dan kadmium adalah logam toksik yang akan menaikkan tekanan darah. Tambahan lagi, garlic mampu melindungi sel-sel darah dari kemusnahan disebabkan logam dan menghalang kerosakan hati disebabkan bahan kimia.
  • Menurunkan kolesterol - Menurunkan kolesterol, LDL, trigliserid, dan kelikatan darah, mengurangkan bekuan darah; meningkatkan HDL, melindungi jantung, menghalang strok, dan penyakit koronari.
  • Mencegah kanser - Membantu mengelak dan merawat kanser dengan mengurangkan bahan pencetus kanser iaitu Nitrosamine.
  • Menstabilkan glukos - Membantu menstabilkan glukos dalam badan.     

CARA MAKAN GARLIC COMPLEX SHAKLEE ialah:

  • Untuk memelihara kesihatan: 2 tablet sehari selepas makan.
  • Untuk radang dan alergi: 2 kali sehari, 2 tablet setiap kali ambil.
  • Untuk kanser, darah tinggi, dan hyperlipidemia: 2 - 3 kali sehari, 2 tablet setiap kali ambil.


Garlic Complex Shaklee hanya berharga RM47.50 (60 biji)

Disclaimer: Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.  



SHAKLEE Independent Distributor (SID 1175809)


Dengan setiap pembelian anda akan mendapat konsultasi dan tips eksklusif percuma dari saya. Sila hubungi:

WhatsApp/Telegram: 019-3464793
Email: missnick84@gmail.com

Personal FB: Nik Azidah
FB Page: Cantik Sihat by MissNick


Untuk mendaftar sebagai pengedar Shaklee sila klik SINI

Untuk melihat senarai harga bagi setiap produk Shaklee sila klik SINI

Adakah Anda Perlukan Garlic Complex?

Assalamualaikum...

Ni haaa nak share pasal Garlic Complex plak. Ini pun produk kegemaran saya...sedap sebab rasa spearmint. Garlic Complex banyak khasiat sebab 1 tablet bersamaan dengan 1 ulas bawang putih tulen. Kalau anda sanggup nak telan bawang putih mentah ok je hehe....saya tak sanggup sebab tu saya telan Garlic Complex.

Garlic Complex Shaklee ni dibuat dari bawang putih jenis premium, bebas dari racun perosak, dan ditanam secara organik. Kalau anda nak tau apa lagi perbezaan dan keistimewaan Garlic Complex jenama Shaklee ni boleh klik tajuk ni ye PERBEZAAN GARLIC COMPLEX SHAKLEE

Adakah anda salah seorang yang memerlukan Garlic Complex Shaklee? Jom check it out :)



Untuk lebih detail rujuk kat bawah ni ye....

Mempunyai masalah penghadaman
Mempunyai sistem imun yang lemah
Dijangkiti kulat, kuman, virus, dan yis candida
Ingin menjaga kesihatan jantung
Mengalami selsema
Mempunyai masalah hidung sensitif, sinus, alergi, asthma
Mempunyai masalah kembung perut dan gastrik
Mempunyai masalah tekanan darah tinggi
Ingin melakukan detoks (hati)
Menghalang kerosakan hati disebabkan bahan kimia
Mengalami keradangan hati
Ingin melindungi sel-sel darah dari musnah (disebabkan logam toksik)
Ingin menurunkan tahap kolesterol 
Mempunyai masalah darah cepat membeku
Ingin menjaga kesihatan jantung (menghalang strok dan penyakit koronari)
Ingin mengelak dan merawat kanser (mengurangkan bahan pencetus kanser - Nitrosamine)
Ingin menstabilkan tahap glukos dalam badan


Garlic Complex Shaklee hanya berharga RM47.50 (60 biji)

Disclaimer: Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.  



SHAKLEE Independent Distributor (SID 1175809)


Dengan setiap pembelian anda akan mendapat konsultasi dan tips eksklusif percuma dari saya. Sila hubungi:

WhatsApp/Telegram: 019-3464793
Email: missnick84@gmail.com

Personal FB: Nik Azidah
FB Page: Cantik Sihat by MissNick


Untuk mendaftar sebagai pengedar Shaklee sila klik SINI

Untuk melihat senarai harga bagi setiap produk Shaklee sila klik SINI

9 Tips Kesihatan Ketika Cuaca Panas

Assalamualaikum...

Kalau anda sedar dan perhatikan cuaca sekarang agak panas. Saya cakap ni yang kat Kuala Lumpur dan Selangor, tempat lain saya tak pasti. Ada juga la mendung sekali sekala tapi takde hujan. Panas pun takde la seperti fenomena El Nino. Mungkin sebab hari tu selalu hujan dan sekarang ni panas itu yang terasa dia punya kepanasan dan kekeringan. Cuaca yang terlalu panas boleh memberi tekanan kepada tubuh manusia yang menyebabkan pelbagai penyakit seperti demam, batuk, sakit kepala, pening, dan sebagainya. Di sini saya nak berkongsi tentang tips penjagaan kesihatan ketika musim panas.


MINUM AIR
Minum air secukupnya sekurang-kurangnya tiga liter sehari atau mengikut jumlah tertentu yang sesuai dengan berat badan badan anda. 25 kilogram berat badan adalah bersamaan dengan 1 liter air. Bagi mereka yang suka minum minuman bergas dan berkafein bolehlah kurangkan kerana ia boleh meningkatkan hidrasi badan anda. Air dari jus buah-buahan juga boleh menyegarkan badan. Selain itu, air berisotonik juga baik bagi menggantikan garam dan mineral yang hilang dari badan akibat berpeluh.



BERADA DALAM BANGUNAN
Pastikan anda tidak terdedah terlampau lama di bawah cuaca panas. Kalau boleh hadkanlah aktiviti di luar rumah. Pastikan pengudaraan cukup di rumah anda atau di pejabat. Pasang kipas atau penyaman udara dan berehat secukupnya. 

PAKAIAN
Pakailah pakaian yang boleh menyerap peluh dan dari warna-warna yang terang bagi membantu memantulkan cahaya matahari.

KRIM PELINDUNG
Gunalah krim pelindung matahari bagi mengelakkan kulit daripada terbakar. Di pasaran terdapat pelbagai jenama krim pelindung matahari, pilih sahaja mana yang bersesuaian dengan anda.

KENDERAAN
Awas! Jangan tinggalkan anak anda di dalam kenderaan dikhuatiri anak anda akan lemas. Perkara ini tidak kira cuaca macam mana sekalipun, tapi risiko lemas dalam kenderaan adalah tinggi ketika cuaca panas.

MANDI
Jika berasa terlalu panas, mandilah dengan kerap untuk menurunkan suhu panas dan juga sekaligus dapat menyejukkan badan anda.

PAYUNG / TOPI
Gunalah payung atau topi ketika anda berada di luar. Walaupun sekejap gunalah ia untuk perlindungan, lebih-lebih sekiranya anda membawa anak-anak kecil.

AKTIVITI LUAR
Jika anda kerap lakukan aktiviti luar mahupun bekerja 'outdoor', kurangkan aktiviti tersebut dan cari jalan agar anda kurang terdedah dengan kepanasan terik matahari. Sekiranya tidak dapat dielakkan pastikan anda minum air masak yang mencukupi, pakai krim pelindung, dan lain-lain penjagaan.

KAWAL ANAK-ANAK
Kanak-kanak antara golongan berisiko jika terdedah dengan kepanasan yang melampau. Pastikan anda sebagai ibu bapa perlu menjaga aktiviti anak-anak anda.


Semoga bermanfaat untuk semua. Terima kasih sudi baca :)


Sumber: Majalah Nur

Perbezaan Garlic Complex Shaklee

Assalamualaikum...

Hari ni nak share lagi produk kegemaran saya iaitu Garlic Complex jenama Shaklee. Saya ambik Garlic ni bersama Alfalfa Complex dan Herb-Lax...yang berfungsi untuk detoks. Memang best giler la sejak amalkan Shaklee dah takde lagi angin dalam badan...kalau tak asyik sendawa je sampai pening hehe...ye saya sebelum ni badan jenis berangin terutamanya kalau tersalah makan, lambat makan, tak cukup rehat, dan tak cukup tidur.

Proses penghadaman dan pencernaan juga berjalan lancar...angin juga keluar dengan jayanya berdesup tanpa halangan...perghhhh nikmat weh nikmat sampai tiba-tiba rasa kosong je perut, rasa kempis je haha. Selain tu, Garlic juga berfungsi sebagai antibiotik yang selamat dan semulajadi, menghalang alergi dan secara tidak langsung meningkatkan sistem imun badan. Ada banyak lagi khasiatnya, saya akan tulis dalam entri lain ye.

Apa yang best sangat dengan supplement Garlic jenama Shaklee ni? Apa bezanya dengan supplement Garlic jenama lain? Okey jom kita tengok apa perbezaan yang terdapat pada Garlic jenama Shaklee....



  • Garlic jenama Shaklee dibuat dari bawang putih jenis premium, bebas dari racun perosak, dan ditanam secara organik di California, USA pada musim panas.
  • Garlic jenama Shaklee dihasilkan secara ekslusif pada suhu bilik tanpa haba untuk memastikan pengekalan 100% Allicin aktif (tidak semua tablet garlic yang dijual di pasaran mengandungi Allicin aktif).
  • Dwi teknologi digunakan untuk mengawal bau garlic. Kajian menunjukkan perisa herbanya terhasil dari kombinasi dua ekstrak herba (Rosemary dan Spearmint).
  • Garlic jenama Shaklee mengandungi pelbagai vitamin E untuk meningkatkan sebatian aktif garlic dan keberkesanannya di dalam tubuh kita. Setiap 2 tablet membekalkan 1000mg ekstrak garlc tulen bersamaan dengan 2 ulas garlic segar. 

Garlic Complex Shaklee hanya berharga RM47.50 (60 biji)

Disclaimer: Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.  



SHAKLEE Independent Distributor (SID 1175809)


Dengan setiap pembelian anda akan mendapat konsultasi dan tips eksklusif percuma dari saya. Sila hubungi:

WhatsApp/Telegram: 019-3464793
Email: missnick84@gmail.com

Personal FB: Nik Azidah
FB Page: Cantik Sihat by MissNick


Untuk mendaftar sebagai pengedar Shaklee sila klik SINI

Untuk melihat senarai harga bagi setiap produk Shaklee sila klik SINI

Siapa Yang Perlukan Herb-Lax™?

Assalamualaikum...

Kejap je kan dah masuk 1 Februari 2015. Seiring dengan perubahan masa...saya harap kehidupan kita juga turut berubah menjadi lebih baik termasuklah dari segi kesihatan. Tapi kalau setakat mengharap tanpa usaha takde guna juga kan. Doa, harapan, usaha, dan tawakal tu penting tau.

Jangan la mengharap untuk kekal sihat dan cergas kalau kita malas. Maksud saya malas menjaga pemakanan, malas bersenam, dan malas atau kedekut nak ambil pemakanan tambahan. Dalam dunia ni mana ada benda datang secara percuma...duduk malas goyang kaki tapi nak kekal cantik awet muda, nak sihat...memang tak la kan hehe. Mencegah adalah lebih baik dari merawat...bila dah kena rawat duit memang banyak habis dan kita pun dah penat tak bermaya masa tu...nak makan macam-macam pun tak boleh :)

Saya dulu pun macam tu juga tapi cepat sedar...tak nak la tua sebelum usia...tak nak la usia belum masuk 40an tapi dah sakit sana sini, buat kerja sikit penat...tak nak la suami pandang kita dah macam makcik-makcik tapi umur muda lagi. Walaupun suami tak cakap tapi dalam hati dia mesti la nak tengok isteri sentiasa cantik dan hot hehe...

Cakap banyak plak kan hehe...jom baca SIAPA YANG PERLUKAN HERB-LAX ni?



  • Mereka yang mengalami sembelit.
  • Mereka yang mengalami masalah pencernaan.
  • Mereka yang mengalami kurang selera makan.
  • Mereka yang ingin melakukan proses detoks.
  • Mereka yang inginkan badan langsing.
  • Mereka yang mengalami masalah jerawat, tanda penuaan, dan pigmentasi.
  • Mereka yang ingin mendapatkan kulit yang cantik.
  • Mereka yang mengalami masalah berat badan berlebihan.
  • Mereka yang mengalami badan dan nafas berbau.
  • Mereka yang mengalami ulser mulut.
  • Mereka yang mengalami migrain dan pening kepala.
  • Mereka yang mengalami ekzema.
  • Mereka yang sering rasa letih, lesu, dan lenguh badan atau sendi.
  • Mereka yang mengalami tonsilitis / sakit tekak.
  • Mereka yang mengalami masalah pundi hempedu.
  • Mereka yang mengalami ketagihan alkohol.
  • Mereka yang mengalami sakit gout.

Kalau nak tau lebih lanjut lagi tentang Herb-Lax™ boleh klik tajuk berikut ye. 


PERHATIAN!!!
  • Mereka yang mempunyai sistem penghadaman yang lemah akan mengalami cirit birit pada peringkat awal pengambilan. 
  • Manakala di bawah keadaan yang normal, Herb-Lax menampakkan kesan dalam tempoh 8 - 12 jam selepas pengambilan.
  • Mereka yang mengalami masalah sembelit yang serius boleh meningkatkan dos pengambilan kepada 5 - 8 biji dan boleh kembali ke dos biasa setelah proses penghadaman atau pembuangan kembali normal.

* Herb-Lax™ Shaklee sangat popular di kalangan mereka yang ingin menurunkan berat badanmengekalkan berat badan idealproses detoks (membuang toksin dalam badan), mencantikkan kulit, dan pelbagai lagi manfaat lain.

Herb-Lax™ Shaklee hanya berharga RM52.50 (120 biji).

Disclaimer: Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.  



SHAKLEE Independent Distributor (SID 1175809)


Dengan setiap pembelian anda akan mendapat konsultasi dan tips eksklusif percuma dari saya. Sila hubungi:

WhatsApp/Telegram: 019-3464793
Email: missnick84@gmail.com

Personal FB: Nik Azidah
FB Page: Cantik Sihat by MissNick


Untuk mendaftar sebagai pengedar Shaklee sila klik SINI

Untuk melihat senarai harga bagi setiap produk Shaklee sila klik SINI