9 Tips Kesihatan Ketika Cuaca Panas

Assalamualaikum...

Kalau anda sedar dan perhatikan cuaca sekarang agak panas. Saya cakap ni yang kat Kuala Lumpur dan Selangor, tempat lain saya tak pasti. Ada juga la mendung sekali sekala tapi takde hujan. Panas pun takde la seperti fenomena El Nino. Mungkin sebab hari tu selalu hujan dan sekarang ni panas itu yang terasa dia punya kepanasan dan kekeringan. Cuaca yang terlalu panas boleh memberi tekanan kepada tubuh manusia yang menyebabkan pelbagai penyakit seperti demam, batuk, sakit kepala, pening, dan sebagainya. Di sini saya nak berkongsi tentang tips penjagaan kesihatan ketika musim panas.


MINUM AIR
Minum air secukupnya sekurang-kurangnya tiga liter sehari atau mengikut jumlah tertentu yang sesuai dengan berat badan badan anda. 25 kilogram berat badan adalah bersamaan dengan 1 liter air. Bagi mereka yang suka minum minuman bergas dan berkafein bolehlah kurangkan kerana ia boleh meningkatkan hidrasi badan anda. Air dari jus buah-buahan juga boleh menyegarkan badan. Selain itu, air berisotonik juga baik bagi menggantikan garam dan mineral yang hilang dari badan akibat berpeluh.



BERADA DALAM BANGUNAN
Pastikan anda tidak terdedah terlampau lama di bawah cuaca panas. Kalau boleh hadkanlah aktiviti di luar rumah. Pastikan pengudaraan cukup di rumah anda atau di pejabat. Pasang kipas atau penyaman udara dan berehat secukupnya. 

PAKAIAN
Pakailah pakaian yang boleh menyerap peluh dan dari warna-warna yang terang bagi membantu memantulkan cahaya matahari.

KRIM PELINDUNG
Gunalah krim pelindung matahari bagi mengelakkan kulit daripada terbakar. Di pasaran terdapat pelbagai jenama krim pelindung matahari, pilih sahaja mana yang bersesuaian dengan anda.

KENDERAAN
Awas! Jangan tinggalkan anak anda di dalam kenderaan dikhuatiri anak anda akan lemas. Perkara ini tidak kira cuaca macam mana sekalipun, tapi risiko lemas dalam kenderaan adalah tinggi ketika cuaca panas.

MANDI
Jika berasa terlalu panas, mandilah dengan kerap untuk menurunkan suhu panas dan juga sekaligus dapat menyejukkan badan anda.

PAYUNG / TOPI
Gunalah payung atau topi ketika anda berada di luar. Walaupun sekejap gunalah ia untuk perlindungan, lebih-lebih sekiranya anda membawa anak-anak kecil.

AKTIVITI LUAR
Jika anda kerap lakukan aktiviti luar mahupun bekerja 'outdoor', kurangkan aktiviti tersebut dan cari jalan agar anda kurang terdedah dengan kepanasan terik matahari. Sekiranya tidak dapat dielakkan pastikan anda minum air masak yang mencukupi, pakai krim pelindung, dan lain-lain penjagaan.

KAWAL ANAK-ANAK
Kanak-kanak antara golongan berisiko jika terdedah dengan kepanasan yang melampau. Pastikan anda sebagai ibu bapa perlu menjaga aktiviti anak-anak anda.


Semoga bermanfaat untuk semua. Terima kasih sudi baca :)


Sumber: Majalah Nur

4 comments: