Jadual Pengambilan Supplement Saya

Assalamualaikum...

Mata tak boleh lelap sebab tertidur awal tadi, dah terjaga nak tidur balik dah tak boleh. Terus bangun on laptop...tak baik membuang masa kan hehe so jom la kita buat perkara yang berfaedah sikit. Semalam saya ada tambah beberapa supplement baru dalam diet harian saya....nanti cerita kemudian yang ni. Biasa la bila dah banyak ambil supplement dan takut terlupa, baik buat jadual. Kata nak sihat, cantik, gebu gebas luaran dan dalaman kan, jadi pengambilan supplement mestilah KONSISTEN dan DISIPLIN. Tak guna rawat luaran je tapi dalaman terabai. Kalau kita rawat dalaman, secara tidak langsung luaran kita akan bertambah baik dan sihat.

Sebelum ni walaupun ambil supplement lebih dari dua jenis tapi semua tu saya ingat dan memang dah melekat dalam kepala, tak perlu jadual. Apabila ada jadual ni takde la alasan untuk lupa, terlepas pandang atau malas hehe. Apa saja urusan kalau ada jadual memang teratur sebab kita tau apa yang perlu dibuat seterusnya.

Lagi satu untuk suami pun saya dah minta beliau amalkan supplement, maklum la umur semakin meningkat kan. Makan dan tidur pun tak menentu sebab beliau kerja shift, bukan normal office hour. Jadi pengambilan supplement dalam diet harian sangat penting untuk membekalkan tenaga dan nutrien yang tidak mencukupi, membantu mengurangkan tekanan, mengurangkan tahap kolesterol, dan lain-lain. Biasa la ada sesetengah orang lelaki ni susah sangat nak makan supplement, katanya lupa la, tak tau nak makan yang mana la, takut terlebih makan la. Dengan adanya jadual tu memudahkan beliau untuk rujuk supplement apa yang perlu diambil dan berapa dosnya. Okey suami ku lepas ni takde alasan lagi ye hehe.




Jadual pengambilan supplement dah siap terpampang di pintu peti ais. Haaaa uolssss yang ada masalah dalam pengambilan supplement boleh la buat macam ni ye...insya Allah dapat KONSISTEN dan DISIPLIN. Ye la kalau kita yang tak jaga semua ni siapa nak tolong jaga untuk kita kan. Beli supplement mahal atau hebat macam mana sekalipun, kalau tak KONSISTEN dan DISIPLIN memang tak berkesan.

Lagi satu ye, sebelum membeli supplement pastikan pengedar tersebut boleh consult anda dengan cara yang betul...sebabnya dah ramai yang datang pada saya mengadu katanya pengedar yang mereka beli tu buat tak tau je selepas urusan jual beli selesai. Tidak ada sebarang panduan yang diberikan. Apabila tanya buat tak layan atau pun suruh rujuk kat internet je. Tak boleh la macam tu, sebab lain customer lain caranya. Tak semua customer datang dengan masalah yang sama. Ada yang mempunyai penyakit tertentu, alergik dengan makanan tertentu, ibu menyusu, ibu hamil, bekerja ikut normal office hour, bekerja secara shift....semua tu memerlukan panduan yang berbeza. 

Setiap pembelian supplement Shaklee dengan saya, insya Allah anda akan dilayan dengan penuh kasih sayang hehe. Panduan pengambilan supplement secara ekslusif juga akan diberikan untuk anda. Biasanya saya akan bincang dengan customer tentang panduan pemakanan mengikut kesesuaian dan keselesaan mereka tetapi dengan cara yang betul dan berkesan. Kalau nak tanya apa saja perkara berkaitan, boleh contact saya bila-bila masa je. Kalau ada yang boleh saya bantu, insya Allah saya akan cuba bantu.


Terima kasih sudi baca :)


Set Kurus Shaklee / Shaklee Slimming Set

Assalamualaikum...

Bagi sesiapa yang sedang mencari produk untuk DETOKS, KURUS, dan LANGSING...okey ini dia. Tengok saya dah buat siap-siap fungsi setiap produk. Kenapa kena makan lebih dari satu produk? Kenapa produk kurus lain satu jenis je? Okey meh sini nak explain...simple je, anda nak makan satu jenis pun boleh...tapi makan lebih lagi efektif dan memberi kesan secara menyeluruh sebab setiap produk ada fungsi yang berbeza. Pihak Shaklee dah kaji siap-siap dah dan cipta sesuatu produk mengikut keperluan sistem badan manusia.

Okey gambar di bawah menunjukkan tiga konsep asas bagaimana SET KURUS SHAKLEE berfungsi iaitu melalui BAKAR, BUANG, BINA.




1. BAKAR

Pengambilan Lecithin atau Omega Guard penting bagi proses memecah dan membakar lemak serta kolesterol. Lecithin bertindak sebagai pengemulsi kerana ia mempunyai kesan melekat pada lemak, menyebabkan lemak terapung, dan mencegahnya dari melekat di saluran darah. Dengan kata lain, Lecithin ni bertindak sebagai "pembersih" saluran darah. Lecithin juga dapat menghalang enapan lemak di hati dan secara tidak langsung membantu memulihkan kesihatan hati. Selain untuk DETOKS, KURUS, LANGSING, Lecithin juga mempunyai kesan yang baik kepada kulit jika diambil secara konsisten dan disiplin.

Omega Guard berfungsi untuk merendahkan tahap kolesterol, mengawal masalah obesiti. Selain itu, Omega Guard juga membantu melicinkan saluran darah dan mencegah pembekuan darah di dalam badan. Omega Guard Shaklee merupakan minyak ikan paling tulen di dunia yang mengandungi rangkaian penuh 7 jenis asid lemak Omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA, dan lain-lain.

2. BUANG

Alfalfa Complex atau HerbLax penting untuk detoks iaitu proses penyingkiran toksin dari badan. Segala lemak, kolesterol, bahan-bahan beracun yang terdapat dalam sel badan kita akan dibuang sebaiknya melalui proses detoks, termasuk lendir dan kotoran yang melekat di dinding usus. Bagi sesetengah masalah seperti kahak atau lendir dalam tekak, ia dapat dikeluarkan ketika batuk. Usus yang bersih penting supaya badan kita dapat menyerap nutrien dengan lebih baik.

Alfalfa adalah SATU-SATUNYA makanan yang sangat beralkali yang boleh mengembalikan kenormalan badan yang berasid, menghilangkan toksin dari badan, membersihkan hati, kolon, darah, dan mencantikkan kulit. Hanya Alfalfa sahaja yang mengandungi 'saponin', ia seperti span yang bertindak sebagai serat yang menyerap kolesterol.

HerbLax pula sesuai diambil oleh mereka yang mengalami masalah penghadaman, pencernaan, dan sembelit. HerbLax bertindak untuk membersihkan najis yang tersekat, merangsang usus untuk percepatkan proses pembersihan secara lembut najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh, membantu mengatasi masalah sembelit, mengembalikan semula proses semulajadi pergerakan usus, dan seterusnya dapat mengempiskan perut. Jika anda tidak mengalami masalah penghadaman, pencernaan, dan sembelit, hanya dengan mengambil Alfalfa sahaja sudah mencukupi.

3. BINA

Protein adalah bahan utama dalam pembentukan pelbagai organ dan tisu dalam badan serta komponen utama bagi hormon manusia. Setiap organ dalam badan kita memerlukan protein.

Makanan tambahan yang membekalkan protein ialah Energizing Soy Protein (ESP) dan Cinch Shake. ESP Shaklee membantu dalam mengembalikan kepejalan otot, membekalkan tenaga segera, dan memberikan rasa kenyang yang lama. ESP Shaklee diiktiraf seluruh dunia kerana mempunyai kajian klinikal yang ekstensif dan komprehensif serta memiliki kualiti protein yang tinggi. Setiap satu tin ESP Shaklee dihasilkan daripada 30kg kacang soya dan diperkaya dengan asid amino, pelbagai sumber vitamin serta mineral.

Selain ESP, kita juga boleh memilih Cinch Shake sebagai sumber protein. Cinch Shake berkesan untuk mereka yang ingin KURUS dan LANGSING kerana ia dapat mengekalkan jisim otot tanpa lemak.  

Proses untuk KURUS dan LANGSING menyebabkan kita kehilangan lemak dan otot. Apabila kehilangan otot, secara tidak langsung menyebabkan hilang keupayaan untuk membakar lemak dan merendahkan kadar metabolisme. Apabila kita tidak meneruskan lagi diet tersebut, badan tidak boleh membakar kalori seperti sebelumnya. Kenapa? Sebab kita dah kehilangan otot yang membantu membakar kalori. Jadi jika kita dalam proses untuk KURUS dan LANGSING jangan lupa jadikan protein sebagai sumber makanan tambahan. 

Energizing Soy Protein dan Cinch Shake ni selain membantu untuk KURUS dan LANGSING, kita juga akan dapat manfaat lain iaitu KULIT CANTIK.


# Pastikan anda lakukan pengurusan berat badan dengan cara yang betul. Amalkan cara pemakanan yang teratur, sihat, dan cukup segala nutrien yang diperlukan. Pastikan juga kandungan produk KURUS dan LANGSING yang diambil adalah selamat, utamakan kandungan produk dari bahan semulajadi. Kurangkan karbohidrat dan lebihkan protein. Pengambilan air mesti mencukupi sekurang-kurangnya 3 liter sehari bergantung kepada berat badan. Akhir sekali ialah konsisten, disiplin, dan jangan putus asa. 

# AWAS dengan produk yang mengandungi bahan kimia beracun. Jangan terpedaya dengan perkataan 'kurus dan langsing dalam masa yang singkat'. Jangan jadi seperti kes produk X dulu, kurus cepat tapi memberi kesan buruk ke atas kesihatan pengguna, sehingga menyebabkan kematian akibat kegagalan fungsi jantung.


Disclaimer: Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. 



SHAKLEE Independent Distributor (SID 1175809)


Dengan setiap pembelian anda akan mendapat konsultasi dan tips eksklusif percuma dari saya. Sila hubungi:

WhatsApp/Telegram: 019-3464793
Email: missnick84@gmail.com

Personal FB: Nik Azidah
FB Page: Cantik Sihat by MissNick


Untuk mendaftar sebagai pengedar Shaklee sila klik SINI

Untuk melihat senarai harga bagi setiap produk Shaklee sila klik SINI

Jom DETOKS dengan Shaklee!

Assalamualaikum...

Haiiiii esok dah kerja, no monday blues okey...sebelum tidur update blog dulu. Hari tu dok borak pasal kepentingan DETOKS dengan kawan-kawan seangkatan. Rasa best plak untuk dikongsi so terus print screen dan update kat blog. Conversation ni awal bulan lepas...tapi awal bulan April baru nak update...peram dulu haha. Saya memang giler DETOKS sampaikan kawan-kawan panggil saya RATU DETOKS ngeeeee :D

Kenapa penting sangat proses DETOKS ni? Kalau sesiapa yang pernah buat tu tau la macam mana rasanya...best sangat. Banyak perbezaan yang boleh kita rasa sebelum dan selepas DETOKS ni. Saya ada tulis tentang toksin...boleh klik link ni ye Toksin - Bahan Beracun Dalam Badan Manusia

DETOKS sangat penting untuk membuang toksin yang terkumpul dalam badan kita. Bayangkan la selama hidup ni anda tak pernah buat proses DETOKS maknanya tak pernah buang sisa racun yang ada dalam badan. Macam mana sistem badan kita nak bekerja dengan baik kalau ada toksin dalam salur darah, dalam usus, hati, dan lain-lain bahagian. Apabila toksin terkumpul dalam badan menyebabkan sistem imun lemah sebab tu senang sakit, sering keletihan, cepat mengantuk, kulit kusam, jerawat tumbuh pesat macam bangunan kat KL ni haaa, ambil supplement pun kurang berkesan sebab toksin menghalang penyerapan nutrien, hormon tak stabil, perut buncit, pening kepala, stress, dan banyak lagi la kesannya.




Okey kalau kecil sangat gambar-gambar ni tak jelas nak baca, boleh klik ye supaya ia membesar bagai johan.

Banyak lagi saya nak kongsi tentang DETOKS ni termasuk la pengalaman sendiri. Sebelum ni pun pernah update tentang kesan DETOKS pada saya...tapi tu baru sikit...ada lagi yang nak dikongsi. Biasa la saya kan RATU DETOKS haha jadi macam-macam la kesan atau perubahan yang berlaku. Bukannya buat DETOKS tiga empat hari lepas tu stop...macam mana nak dapat hasil yang memuaskan. Nak cantik, nak sihat, nak kurus, nak fit, nak langsing...semua tu kena KONSISTEN dan DISIPLIN. Okey nanti sambung lagi ye.



SHAKLEE Independent Distributor (SID 1175809)


Dengan setiap pembelian anda akan mendapat konsultasi dan tips eksklusif percuma dari saya. Sila hubungi:

WhatsApp/Telegram: 019-3464793
Email: missnick84@gmail.com

Personal FB: Nik Azidah
FB Page: Cantik Sihat by MissNick


Untuk mendaftar sebagai pengedar Shaklee sila klik SINI

Untuk melihat senarai harga bagi setiap produk Shaklee sila klik SINI

Testimoni ESP dan Vitamin C Shaklee: Susu Meriah, Jerawat Makin Hilang, Kulit Cerah Berseri, Tiada Lagi Kulit Kusam

Assalamualaikum....

Suka tengok bila pengguna mengalami perubahan yang positif hasil penggunaan produk Shaklee. Hari ni saya nak kongsi testimoni Energizing Soy Protein (ESP) dan Vitamin C Shaklee. Puan Juhaida ni kawan bisnes saya, merupakan seorang ibu menyusu, suri rumah, dan masih lagi bergelar pelajar separuh masa di UiTM.

Puan Juhaida ni ada masalah jerawat, kulit kusam, berminyak, dan gelap. Beliau pada awalnya mencuba produk Shaklee disebabkan masalah susu yang berkurangan semasa menyusukan anak dan juga untuk membantu mengatasi masalah kulit....dan wowwww MENAKJUBKAN pelbagai manfaat lain pula yang beliau dapat hasil dari pengambilan produk-produk Shaklee.




Ok jom tengok apa manfaat yang diperolehi oleh Puan Juhaida hasil pengambilan ESP dan Vitamin C Shaklee. Itu pun beliau bagitau takde la konsisten sangat pun...kalau ambil secara konsisten tu mesti lagi cepat dan gempak hasilnya kan. Antara perubahan yang dialami ialah:

1. Susu badan SENTIASA MERIAH walaupun anak kuat menyusu dan susu LEBIH PEKAT.

2. Dapat menyusukan anak secara EKSLUSIF sehingga berusia dua tahun setengah tanpa mengambil susu lain.

3. Membantu MEMPERBAIKI MASALAH HAID sebabnya setahun lebih beliau tidak datang haid selepas melahirkan anak yang kedua. Alhamdulillah semua tu kembali pulih selepas pengambilan produk Shaklee, haid kembali teratur.

4. Beliau kerap mengalami masalah migrain. Selepas pengambilan produk Shaklee, TIADA LAGI MIGRAIN.

5. Badan cepat letih sampai ke muka nampak keletihannya tu. Selepas mengamalkan produk Shaklee BADAN MAKIN BERTENAGA walaupun sentiasa tidur lambat untuk siapkan assignment.

6. Masalah JERAWAT MAKIN HILANG, KULIT DAH KURANG BERMINYAK, WAJAH MAKIN CERAH BERSERI, dan TIADA LAGI KULIT KUSAM.




Semoga Puan Juhaida terus konsisten dalam pengambilan produk Shaklee. Tinggal sikit lagi tu parut nak hilang. Lepas ni wowwwww meletop la hehe. Bestkan pengalaman Puan Juhaida bersama Shaklee. Kalau anda nak rasa manfaat kesihatan dan kecantikan bersama produk Shaklee, boleh hubungi saya...ada DISKAUN BEST untuk uolssss okey :)



SHAKLEE Independent Distributor (SID 1175809)


Dengan setiap pembelian anda akan mendapat konsultasi dan tips eksklusif percuma dari saya. Sila hubungi:

WhatsApp/Telegram: 019-3464793
Email: missnick84@gmail.com

Personal FB: Nik Azidah
FB Page: Cantik Sihat by MissNick


Untuk mendaftar sebagai pengedar Shaklee sila klik SINI

Untuk melihat senarai harga bagi setiap produk Shaklee sila klik SINI

Testimoni ESP: Ambil ESP Shaklee Sebagai Persediaan Untuk Berkahwin

Assalamualaikum...salam pagi khamis semua :)

Sekejap je kan pejam celik pejam celik kita dah hampir ke pertengahan tahun 2015. Hari ni saya nak kongsi lagi testimoni Energizing Soy Protein (ESP) Shaklee. Setiap kali saya update tentang testimoni, setiap kali tu la saya teruja...sebabnya gembira tengok pengguna berjaya dapat hasil yang diinginkan, malah ada yang dapat lebih daripada itu. Alhamdulillah semua ni berlaku dengan izin Allah kerana Dia yang menyembuhkan dan memulihkan...tapi kita kena la usaha kan.

Testimoni kat bawah ni beliau ambil ESP Shaklee sebagai PERSEDIAAN UNTUK BERKAHWIN...maklum la kan tak kira la bakal pengantin ke dah kahwin ke kulit kena la cantik, badan kalau boleh nak mantap, sihat, dan bertenaga.

Saya kagum sebab beliau sabar dan konsisten dalam mengamalkan sesuatu produk...takde la cuba seminggu tak nampak kesan terus tak nak cuba. Kesan produk Shaklee sebenarnya berbeza mengikut individu sebab badan seseorang kan berbeza...ada yang cepat ada yang lambat...yang penting sabarrrrrr hehe. Adik, kakak, abang, pakcik, makcik sekalian produk Shaklee ni produk semulajadi...kalau anda nak putih, gebu, kurus dalam masa tiga empat hari Shaklee bukan pilihan. Haaaa kena la ambik produk lain yang mengandungi bahan kimia berbahaya...makin tinggi kandungan bahan kimia, makin cepat la anda putih, gebu, kurus...tapi kesannya bak kata Nabil 'lu pikir la sendiri'.




Kesan pertama yang beliau nampak ialah PARUT LUKA DI KAKI HILANG, KULIT MUKA MAKIN ELOK dah tak berbelang macam kuda belang, JERAWAT KECIL MAKIN HILANG, KULIT JADI SEKATA, dan BADAN DAH TAK LEMAU takde dah nak baring-baring selepas balik kerja. Kalau tak balik kerja je terus terbongkang sampai esok pagi...tak pun tertidur selepas solat dengan telekungnya tak buka sampai ke sudah. Suami pun makin sayang sejuk je tengok isteri kan...tak gitu hehe.

Habis tu tak kan tengok je. Jom jadikan ESP Shaklee sebagai sumber makanan tambahan kita sekeluarga :)



SHAKLEE Independent Distributor (SID 1175809)


Dengan setiap pembelian anda akan mendapat konsultasi dan tips eksklusif percuma dari saya. Sila hubungi:

WhatsApp/Telegram: 019-3464793
Email: missnick84@gmail.com

Personal FB: Nik Azidah
FB Page: Cantik Sihat by MissNick


Untuk mendaftar sebagai pengedar Shaklee sila klik SINI

Untuk melihat senarai harga bagi setiap produk Shaklee sila klik SINI