Jadual Pengambilan Supplement Saya

Assalamualaikum...

Mata tak boleh lelap sebab tertidur awal tadi, dah terjaga nak tidur balik dah tak boleh. Terus bangun on laptop...tak baik membuang masa kan hehe so jom la kita buat perkara yang berfaedah sikit. Semalam saya ada tambah beberapa supplement baru dalam diet harian saya....nanti cerita kemudian yang ni. Biasa la bila dah banyak ambil supplement dan takut terlupa, baik buat jadual. Kata nak sihat, cantik, gebu gebas luaran dan dalaman kan, jadi pengambilan supplement mestilah KONSISTEN dan DISIPLIN. Tak guna rawat luaran je tapi dalaman terabai. Kalau kita rawat dalaman, secara tidak langsung luaran kita akan bertambah baik dan sihat.

Sebelum ni walaupun ambil supplement lebih dari dua jenis tapi semua tu saya ingat dan memang dah melekat dalam kepala, tak perlu jadual. Apabila ada jadual ni takde la alasan untuk lupa, terlepas pandang atau malas hehe. Apa saja urusan kalau ada jadual memang teratur sebab kita tau apa yang perlu dibuat seterusnya.

Lagi satu untuk suami pun saya dah minta beliau amalkan supplement, maklum la umur semakin meningkat kan. Makan dan tidur pun tak menentu sebab beliau kerja shift, bukan normal office hour. Jadi pengambilan supplement dalam diet harian sangat penting untuk membekalkan tenaga dan nutrien yang tidak mencukupi, membantu mengurangkan tekanan, mengurangkan tahap kolesterol, dan lain-lain. Biasa la ada sesetengah orang lelaki ni susah sangat nak makan supplement, katanya lupa la, tak tau nak makan yang mana la, takut terlebih makan la. Dengan adanya jadual tu memudahkan beliau untuk rujuk supplement apa yang perlu diambil dan berapa dosnya. Okey suami ku lepas ni takde alasan lagi ye hehe.




Jadual pengambilan supplement dah siap terpampang di pintu peti ais. Haaaa uolssss yang ada masalah dalam pengambilan supplement boleh la buat macam ni ye...insya Allah dapat KONSISTEN dan DISIPLIN. Ye la kalau kita yang tak jaga semua ni siapa nak tolong jaga untuk kita kan. Beli supplement mahal atau hebat macam mana sekalipun, kalau tak KONSISTEN dan DISIPLIN memang tak berkesan.

Lagi satu ye, sebelum membeli supplement pastikan pengedar tersebut boleh consult anda dengan cara yang betul...sebabnya dah ramai yang datang pada saya mengadu katanya pengedar yang mereka beli tu buat tak tau je selepas urusan jual beli selesai. Tidak ada sebarang panduan yang diberikan. Apabila tanya buat tak layan atau pun suruh rujuk kat internet je. Tak boleh la macam tu, sebab lain customer lain caranya. Tak semua customer datang dengan masalah yang sama. Ada yang mempunyai penyakit tertentu, alergik dengan makanan tertentu, ibu menyusu, ibu hamil, bekerja ikut normal office hour, bekerja secara shift....semua tu memerlukan panduan yang berbeza. 

Setiap pembelian supplement Shaklee dengan saya, insya Allah anda akan dilayan dengan penuh kasih sayang hehe. Panduan pengambilan supplement secara ekslusif juga akan diberikan untuk anda. Biasanya saya akan bincang dengan customer tentang panduan pemakanan mengikut kesesuaian dan keselesaan mereka tetapi dengan cara yang betul dan berkesan. Kalau nak tanya apa saja perkara berkaitan, boleh contact saya bila-bila masa je. Kalau ada yang boleh saya bantu, insya Allah saya akan cuba bantu.


Terima kasih sudi baca :)


No comments:

Post a Comment