12 Khasiat dan Kebaikan Lecithin Shaklee

Assalamualaikum...

Lecithin Shaklee ni pun salah satu produk makanan tambahan kesukaan saya. Lecithin Shaklee diekstrak dari kacang soya organik bukan GMO. Setiap kapsul mengandungi 520mg lecithin soya termasuk 80mg kolin dan 48mg inositol. Lecithin yang dirembeskan oleh tubuh akan menghasilkan acetyl-kolin, inositol, fosforus, dan lemak tak tepu. Jom kita tengok apakah khasiat dan kebaikan Lecithin Shaklee ni.




  • Menyerap vitamin yang larut lemak - Lecithin berfungsi membantu tubuh menyerap vitamin yang larut lemak seperti vitamin A, D, E, dan K.
  • Melindungi hati - Menghalang enapan lemak di hati, sirosis hati, dan hati berlemak. Hal ini secara tidak langsung dapat membantu memulihkan kesihatan hati, mengurangkan atau mencegah penyakit berkaitan hati.
  • Memecahkan lemak dan kolesterol - Lecithin bertindak sebagai ‘pembersih’ saluran darah, pelarut untuk kolesterol, triglycerides, dan lemak. Oleh sebab itu, ia membantu mencegah penyakit-penyakit seperti tekanan darah tinggi, stroke, penyakit jantung, dan masalah berkaitan arteri. Sesetengah pakar mengesyorkan pengambilan Lecithin sebanyak 6000 - 7000mg sehari jika mengalami masalah kesihatan yang sebegini.
  • Pelangsingan - Pengambilan Lecithin dalam jumlah yang sepatutnya dapat mempercepatkan proses pemecahan (emulsi) dan pembakaran lemak untuk kesan pelangsingan. Secara tidak langsung ia dapat menghalang masalah obesiti. Pembakaran lemak makin bertambah efektif jika disertai dengan senaman.
  • Kecantikan - Pengambilan Lecithin dapat menghasilkan rambut yang sihat dan cantik, melembapkan dan menghaluskan kulit, membentuk membran sel, mengaktifkan metabolisma sel, dan melambatkan penuaan.
  • Memperbaiki alergi - Lecithin adalah asid lemak perlu yang penting dalam penjagaan paru-paru kerana kebolehannya dalam mencairkan mukus dan mencegah iritasi. Oleh sebab itu, Lecithin sangat diperlukan bagi mereka yang ada masalah alergi seperti penyakit kulit, demam disebabkan habuk atau debu, asma, bronkitis, dan emphysema.
  • Meningkatkan sistem imunisasi - Lecithin membantu sistem imunisasi dengan membalut sel darah merah dan seterusnya memberi perlindungan dari serangan virus, kuman, dan bakteria. Di samping itu, struktur Lecithin itu sendiri dapat melindungi sel dari teroksida.
  • Menghalang kejadian batu karang - 90% dari penyakit batu karang terjadi disebabkan oleh kolesterol. Lecithin berfungsi untuk mengemulsi (memecahkan) kolesterol berlebihan dan seterusnya dapat menghalang kejadian batu karang.
  • Mempertingkatkan daya ingatan dan meringankan stress - Lecithin mengandungi kolin yang membentuk penghantar untuk saraf kranial yang berfungsi untuk meningkatkan kecerdasan, memperbaiki daya ingatan, mencegah Alzheimer, dan meringankan stress. Wanita hamil harus mengambil jumlah Lecithin yang secukupnya untuk pembesaran janin yang sihat.
  • Memperbaiki masalah prostat lelaki - Kajian telah membuktikan masalah prostat dan urethra lelaki dapat diperbaiki dengan pengambilan Lecithin dalam jumlah yang mencukupi.
  • Meringankan sembelit - Lecithin adalah pelembut najis yang berkesan kerana ia dapat melembapkan usus dan meleraikan toksin di dalam usus.
  • Mempertingkatkan fungsi saraf - Lecithin merupakan sebahagian dari unsur yang mengelilingi fiber saraf, tanpanya fungsi saraf menjadi kurang efisien. Oleh sebab itu, mereka yang menderita akibat multiple sclerosis, fibromyalgia, tekanan, dan PMS dapat merasa kesan yang positif apabila mengambil Lecithin.


Disclaimer: Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.  



SHAKLEE Independent Distributor (SID 1175809)


Dengan setiap pembelian anda akan mendapat konsultasi dan tips eksklusif percuma dari saya. Sila hubungi:

WhatsApp/Telegram: 019-3464793
Email: missnick84@gmail.com

Personal FB: Nik Azidah
FB Page: Cantik Sihat by MissNick


Untuk mendaftar sebagai pengedar Shaklee sila klik SINI

Untuk melihat senarai harga bagi setiap produk Shaklee sila klik SINI

No comments:

Post a Comment