Kesihatan Bertambah Baik Dengan Pengambilan Supplement Tetapi Jangan Terlalu Taksub

Assalamualaikum...salam pagi ahad dan selamat berhujung minggu :)

Mood cuti sudah datang hoho...sebenarnya saya cuti seminggu, so hari isnin depan baru masuk kerja. Seronok sebab boleh fokus sepenuhnya pada bisnes siang dan malam. Kalau hari bekerja kena la bahagikan masa antara kerja dan bisnes...tapi sebab suka saya tak pernah rasa itu semua sebagai bebanan. Kedua-duanya saya sayang dan cinta. Esok sampai rabu nak pergi cuti-cuti Malaysia dengan suami, lagi tambah seronok hehe.

Apa yang saya perasan kan sejak disiplin menggunakan produk Shaklee ni, banyak perubahan yang berlaku terutama sekali ke atas tahap kesihatan saya. Saya mula konsisten ambil supplement bermula bulan Januari tahun ni la. Sebenarnya dari dulu lagi nak ambil tapi sebab tak jumpa supplement yang bersesuaian dan berkenan di hati, ditambah lagi dengan malas hehe itu yang tak ambil. Sekarang dah sedar diri umur dah masuk 30-an kan, banyak perkara yang perlu dijaga terutamanya berkaitan kesihatan. Badan ni nak pakai lama tau.

Kesihatan sangat penting tidak ada dijual kat pasar malam atau pun pusat membeli belah. Tambah lagi dengan gaya hidup sekarang ni yang tak macam orang dulu-dulu. Kehidupan seharian yang agak sibuk, banyak makan makanan segera yang tidak berkhasiat, corak pemakanan yang tidak teratur, makan tidak ikut seperti yang disarankan oleh piramid makanan iaitu cukup segala zat penting, pencemaran, tekanan, dan lain-lain boleh menyumbang kepada masalah kesihatan. Sebab itu kita perlukan supplement atau makanan tambahan dalam diet harian kita...orang kata sebagai penambah apa yang tidak cukup, sebagai pembantu dalam mencegah masalah kesihatan sebelum merebak teruk. 

Mencegah itu lebih baik dari mengubati....haaaa gitu. Kalau dah kena makan ubat setiap hari, dok ulang alik hospital, masuk wad, nak makan pun kena pantang apa semua...baru la tau sangat la tidak seronok, hilang nikmat hidup hehe.

Tapi kena ingat jangan terlalu taksub nak sihat sampai takut giler kalau sakit, taksub nak putih nak gebu nak kulit licin...nanti lain plak yang jadi. Kehidupan kita ada pasang surutnya, ada jatuh bangunnya. Jangan sampai terlalu taksub dengan supplement sehingga menjejaskan kesihatan kita. Berpada padalah...apa sahaja yang kita makan walaupun untuk kesihatan, tapi kalau terlebih dari yang sepatutnya tak elok juga.

Apapun berusahalah untuk menjaga kesihatan dan lain-lain yang dianugerahkan oleh Allah SWT...hidup hanya sekali. Sekian.


Terima kasih sudi baca :)


No comments:

Post a Comment