10 Khasiat Air Lemon Terhadap Kesihatan

Assalamualaikum...

Seringkali kita mendengar pakar kesihatan mengatakan bahawa dengan mengamalkan minum air suam bersama dengan hirisan atau titisan air lemon setiap awal pagi adalah baik untuk kesihatan kita. Anda tahu kenapa? Okay jom kita tengok:
  • Air sememangnya sangat baik untuk kesihatan kita, ia penting untuk mengawal badan dari terhidrat dan juga membantu mengeluarkan segala toksin yang berbahaya.
  • Lemon pula merupakan sumber terbaik bagi pelbagai jenis nutrisi seperti kalsium, potassium, magnesium, zat besi, dan vitamin A, C dan B-Complex serta serat pektin, protein dan karbohidrat. Lemon mengandungi asid sitrik dan berfungsi sebagai antibakteria, antiviral (antivirus), dan meningkatkan sistem imun badan supaya kita sentiasa sihat.
Cara menyediakan air lemon ini adalah mudah tetapi berkesan, hanya perlu memerah jus daripada setengah biji lemon ke dalam segelas air suam. Jika mahu anda boleh campurkan sedikit madu ke dalam air tadi. Jadikan air lemon tersebut sebagai minuman pertama anda setiap pagi dan diminum ketika perut kosong, iaitu 30 minit sebelum mengambil sarapan pagi.

Berikut ialah 10 kebaikan minuman lemon ke atas kesihatan:

1.  Memperbaiki Sistem Pencernaan


Beberapa komponen yang terdapat dalam lemon dapat merangsang hati kita untuk mengeluarkan lebih cecair hempedu yang diperlukan untuk pencernaan yang sihat. Lemon juga membantu sistem pencernaan dalam membuang bahan buangan dan toksin keluar daripada badan.

Segelas air lemon suam setiap hari dapat membantu melegakan ketidakhadaman atau gangguan pencernaan, seperti pedih ulu hati, angin atau sendawa, dan kembung perut. Selain itu, minuman lemon juga dapat mencegah sembelit dan cirit birit dengan menggalakkan kelancaran fungsi usus. Persatuan Kanser Amerika mencadangkan minuman kesihatan ini kepada para pesakit kanser untuk membantu merangsang pergerakan usus.


2.  Menurunkan Berat Badan

Sekiranya anda ingin menurunkan berat badan, anda dinasihatkan untuk minum segelas air lemon yang dicampur dengan madu setiap hari supaya dapat membantu mencapai impian tersebut. Lemon mengandungi serat pektin (pectin fiber) yang tinggi, di mana dapat membantu melawan rasa lapar, dan menjadikan anda rasa kenyang untuk jangka masa yang panjang.

Kombinasi air suam, lemon, dan madu menghasilkan keadaan lebih beralkali di dalam perut yang membantu menurunkan berat badan dengan lebih cepat.


3.  Menyihatkan dan Mencerahkan Kulit


Amalan meminum air lemon suam setiap hari mampu memberikan perbezaan yang ketara ke atas penampilan kulit anda. Ia membantu membersihkan darah dan merangsang pertumbuhan sel-sel darah baru.

Kandungan vitamin C yang tinggi dalam lemon bertindak sebagai antioksida yang membantu menjadikan kulit bebas daripada kedutan dan sebarang noda atau bintik hitam, dan membantu melawan kerosakan radikal bebas.

Air dan madu membantu memperbaharui, bersifat antibakteria, dan merangsang pembentukan kolagen untuk menggalakkan kesihatan kulit anda.


4.  Menyokong Sistem Imun

Air lemon suam juga dapat meningkatkan sistem imun badan kerana lemon kaya dengan vitamin C dan dapat membantu badan dalam menentang demam dan selesema.

Tambahan lagi, lemon meningkatkan keupayaan badan untuk menyerap zat besi, iaitu merupakan nutrien penting untuk kesihatan sistem imun. Lemon juga mengandungi saponin, yang mempunyai ciri-ciri antimikrob yang membantu memelihara daripada sebarang jangkitan.


5.  Mengatasi Nafas Berbau

Sifat lemon yang berasid, digabungkan dengan ciri-ciri perubatan yang ada pada air dan madu, boleh membantu menghilangkan nafas berbau. Ia membersihkan mulut dan mengaktifkan pengeluaran air liur yang dapat membunuh bakteria penyebab bau.

Air lemon juga dapat membantu menghilangkan kesan putih pada lidah yang selalunya terjadi ketika anda sedang tidur. Kesan putih tersebut terdiri daripada pereputan sisa makanan dan bakteria yang menyebabkan nafas berbau.


6.  Mengimbangkan Tahap pH

Lemon adalah salah satu makanan beralkali yang terbaik kerana ia mengandungi kedua-dua jenis asid sitrik dan asid askorbik yang membantu mengekalkan tahap pH dalam badan. Tahap pH yang baik adalah penting kerana badan berasid boleh menyebabkan berlakunya keradangan.

Minum air lemon secara tetap setiap pagi ketika perut kosong dapat membantu menghilangkan keasidan dalam badan, termasuk asid urik pada sendi yang merupakan salah satu punca utama kesakitan dan keradangan.


7.  Meningkatkan Tenaga


Kehadiran unsur-unsur berkhasiat yang terdapat dalam lemon seperti vitamin B, vitamin C, fosforus, protein, dan karbohidrat menjadikannya sebagai agen tenaga semulajadi. Ia menghidrat dan mengekalkan pengaliran oksigen dalam badan supaya anda sentiasa rasa cergas, bertenaga, dan segar.

Lemon juga mengandungi ion negatif yang lebih, di mana dapat memberikan tenaga segera apabila ia memasuki saluran penghadaman. Tambahan lagi, haruman lemon dapat meningkatkan mood dan tenaga. 


8.  Menyembuhkan Jangkitan Kerongkong

Ciri-ciri antibakteria yang terdapat dalam lemon boleh melawan masalah yang berkaitan dengan jangkitan tekak atau kerongkong, sakit tekak, dan tonsil.

Mereka yang minum segelas air lemon suam setiap pagi mempunyai risiko yang lebih rendah untuk mendapat jangkitan tekak. Minuman kesihatan ini juga boleh membantu dalam mencegah masalah berkaitan pernafasan seperti asma. 

Sekiranya anda mengalami sakit tekak, anda boleh minum air lemon dan juga gunakannya untuk berkumur secara kerap bagi mempercepatkan proses penyembuhan.


9.  Mengawal Tekanan Darah Tinggi

Mereka yang mengalami tekanan darah tinggi boleh mendapat kebaikan daripada minuman kesihatan ini. Air lemon membantu membersihkan sistem limfa dan memastikan ia terhidrat.

Kandungan potassium (kalium) yang tinggi dalam lemon membantu anda tidur dengan lebih baik, mengurangkan tekanan, dan meningkatkan fungsi mental anda, yang seterusnya membantu anda mengekalkan tekanan darah pada tahap normal.


10. Membersihkan Saluran Kencing

Air lemon suam bertindak sebagai diuretik dan dengan itu membantu membersihkan saluran kencing dan menggalakkan pengeluaran air kencing. Tambahan pula, minuman kesihatan ini boleh mengubah tahap pH saluran kencing, dan seterusnya menghalang pembiakan bakteria jahat.

Asid sitrik yang terdapat dalam lemon juga membantu dalam detoksifikasi dan penting untuk menjaga saluran kencing supaya bebas daripada sebarang jangkitan. Bagi wanita yang mengalami UTIs (urinary tract infections) atau jangkitan saluran kencing, minuman kesihatan ini sangat membantu anda untuk mengelakkan jangkitan ini daripada berulang.



Secara kesimpulannya, dengan meminum air lemon setiap pagi sangat membantu dalam meningkatkan kesihatan anda. Untuk kesihatan dan tenaga yang lebih baik, anda mesti jadikan amalan ini sebagai sebahagian rutin penting dalam kehidupan seharian anda.



Sumber: http://www.top10homeremedies.com/

2 comments:

  1. lama nye dh tak buat air lemon tpi biasa nye minum yg sejuk ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe cuba minum yg suam plak apa kesannya :)

      Delete