Testimoni ESP Shaklee: Susu Cukup, Mengawal Selera Makan, Perubahan yang Baik pada Kulit, Berat Turun dari 68 kg ke 48 kg

Assalamualaikum...

Jom tengok testimoni Energizing Soy Protein (Shaklee). Testimoni yang ni adalah sambungan dari ESP Shaklee Membantu Menaikkan Paras HB Ibu Hamil dan Terselamat Dari Pemindahan Darah




Sejak berpuas hati dengan kesan pertama ESP Shaklee, Puan Siti Raihana nekad teruskan pengambilan ESP selepas bersalin untuk menyusu pula. Beliau mengamalkan ESP dan Alfalfa Complex sahaja secara konsisten untuk penyusuan ekslusif selama enam bulan. 

Susu badan beliau memang sangat cukup, syukur Alhamdulillah...tetapi yang mengujakan beliau ialah dapat mengawal selera makan dengan lebih selepas bersalin. Kulit juga turut mengalami perubahan yang baik kesan dari pengambilan ESP Shaklee. Akhirnya selepas enam hingga tujuh bulan, berat badan beliau turun sebanyak 20 kg iaitu dari 68 kg selepas bersalin menjadi 48 kg. Semua perubahan positif itu adalah hasil konsisten mengamalkan ESP, Alfalfa Complex, dan penyusuan badan secara penuh sahaja. Berat 48 kg itu masih kekal sehingga sekarang walaupun selepas dua tahun.

Kata beliau lagi, memang sayang nak tinggalkan ESP Shaklee sebab telah memberikan kesan yang hebat kepada beliau. Ya saya sendiri pun akui disebabkan banyak perubahan positif yang saya alami, saya dah sayangkan ESP....kiranya tak lengkap kalau sehari tanpa ESP hehe gituuuuuu. Alhamdulillah semua tu berlaku dengan izin Allah SWT.



SHAKLEE Independent Distributor (SID 1175809)


Dengan setiap pembelian anda akan mendapat konsultasi dan tips eksklusif percuma dari saya. Sila hubungi:

WhatsApp/Telegram: 019-3464793
Email: missnick84@gmail.com

Personal FB: Nik Azidah
FB Page: Cantik Sihat by MissNick


Untuk mendaftar sebagai pengedar Shaklee sila klik SINI

Untuk melihat senarai harga bagi setiap produk Shaklee sila klik SINI

5 Tips Untuk Orang Baru di Gimnasium

Assalamualaikum...

Tahniah buat anda yang baru berjinak-jinak bersenam di gimnasium. Ia satu langkah yang baik untuk mengekalkan kesihatan dan kesegaran tubuh. Tapi perlu diketahui anda tidak boleh sesuka hati melakukan senaman dan menggunakan peralatan di sini tanpa bimbingan. Bimbang sihat yang anda mahu, kecederaan yang anda dapat. Berikut adalah panduan yang perlu anda tahu jika mahu bersenam di gimnasium.


Pastikan perut anda berisi


Jangan sesekali ke gimnasium dengan perut yang lapar. Setidak-tidaknya, makan sedikit makanan tetapi mengenyangkan seperti sandwich, roti gandum, dan lain-lain lagi. Praktikkan mengambil makanan tersebut dalam tempoh satu atau dua jam sebelum bersenam. Selain itu, cubalah makan jenis makanan yang mudah dihadam.


Gunakan teknik yang betul


Anda berisiko untuk mendapat kecederaan jika tidak melakukan teknik pemanasan yang betul sebelum melakukan senaman di gimnasium. Tubuh juga memerlukan waktu untuk membiasakan diri dengan aktiviti yang bakal dilakukan. Sebab itulah aktiviti pemanasan harus dipraktikkan seperti berlari setempat, berjalan di treadmill, dan lain-lain.


Hadkan bentuk senaman


Jangan sesekali melakukan senaman yang berat melibatkan kardio, berlari di atas treadmill dan beberapa jenis senaman yang seumpama dengannya. Ini secara tidak langsung membebankan tubuh untuk menampung latihan yang tidak biasa dilakukan. Sebaiknya, mulakan dengan senaman yang ringan dan buatlah secara perlahan-lahan. Paling penting, biarlah ia mengikut turutan dan jangan sesekali praktikkan senaman secara sembarangan.


Usah bebankan tubuh


Mengangkat beban yang terlalu berat di peringkat awal apatah lagi di hari pertama ke gimnasium boleh mengakibatkan tubuh berasa terlalu letih dan tidak selesa. Lakukan senaman yang ringan dan praktikkan secara teratur selama beberapa hari. Paling tidak tiga minggu pertama sebelum anda memutuskan untuk mengangkat berat. Jangan kerana ingin kelihatan gagah maka anda sanggup mencederakan diri sendiri.


Jangan terlalu penat


Ramai yang terlalu bersemangat tatkala pertama kali menjejakkan kaki ke gimnasium. Sampaikan ada yang sanggup memperuntukkan banyak masa di sana dengan melakukan pelbagai jenis senaman walaupun ada di antaranya tidak sesuai dilakukan. Sebaiknya, janganlah terlalu obses dengan peralatan dan senaman tersebut hingga banyak tenaga digunakan di situ. Gunakan tenaga anda secara bijak.


Sumber: Mingguan Wanita

Terima kasih sudi baca :)

Tips Pilih Kaca Mata Mengikut Bentuk Wajah

Assalamualaikum...

Kaca mata adalah lensa nipis yang dicipta untuk membantu golongan yang menghadapi masalah penglihatan seperti silau, rabun dekat, dan rabun jauh. Namun kini peranannya bukan sekadar alat bantu penglihatan, malah ia menjadi pelengkap gaya dan peralatan hiburan seperti kaca mata tiga dimensi (3D).

Sejajar dengan perkembangan teknologi, kaca mata juga mengalami revolusi. Kini kaca mata didatangkan dalam rekaan yang menarik dengan pilihan bingkai pelbagai warna dan bentuk. Lambakan fesyen kaca mata membuatkan pengguna rambang mata memilih produk tersebut.

Namun rekaan ini jangan dinilai dari segi bentuk fizikalnya sahaja, sebaliknya anda perlu mengetahui tips yang tepat memilih kaca mata. Pemilihan kaca mata yang betul akan membuatkan anda berasa selesa dan tampil anggun. Selain perlu menitik beratkan kualiti dan harga, anda juga mesti bijak membuat pilihan rekaan mengikut kesesuaian bentuk wajah. Berikut adalah tips yang dapat membantu anda.


Bulat / Bundar



Bagi yang memiliki bentuk wajah bulat, anda disarankan memilih bingkai bersegi atau kotak. Dengan lensa yang sedikit lebih lebar dapat memberi ilusi wajah yang panjang dan berdimensi. Jangan sesekali memilih bingkai berbentuk bundar kerana ia akan membuatkan wajah anda kelihatan lebih bulat.


Bersegi


Jika anda mempunyai bentuk wajah yang rahang kelihatan begitu jelas, pilih kaca mata dengan sudut melengkung (oval atau bulat) untuk menyamarkan bentuk rahang. Hindari kaca mata berbingkai persegi.


Hati


Bingkai yang nipis sangat sesuai untuk wanita berwajah hati. Bahagian dahi yang lebih lebar dan dagu runcing adalah ciri bentuk wajah hati. Kaca mata tanpa bingkai juga pilihan yang tepat untuk anda. Untuk seimbangkan bentuk wajah, pilih bingkai dan lensa yang melebar ke bawah.


Segi tiga


Wajah segi tiga memiliki dahi yang sempit tapi lebar di bahagian rahang dan pipi. Pilih kaca mata dengan pinggiran yang tebal serta melebar ke atas (cat eye). Pastikan bentuk kaca mata anda dapat menyeimbangkan sisi atas wajah dengan bawah.


Lonjong / Panjang


Pemilik wajah lonjong atau panjang biasanya mempunyai garis pipi yang lurus dan lebih panjang dari lebar wajah. Pilihlah bingkai tebal berbentuk kotak yang lebar untuk menguatkan karakter pada wajah dan membuat kesan wajah terlihat lebih pendek.


Oval / Bujur Sirih


Bertuahlah bagi wanita yang mempunyai wajah bentuk bujur sirih atau oval kerana mereka bebas menggayakan apa juga rekaan dan model kaca mata. Wajah bentuk ini dikatakan sempurna dan hampir semua rekaan sesuai untuk anda. Namun usah berlebih pula, rekaan yang tidak terlalu besar atau terlalu kecil agar menyerlahkan keanggunan anda.


Sumber: Majalah Mingguan Wanita 

Terima kasih sudi baca :)