Khasiat dan Kebaikan Teh Hijau (Green Tea)

Assalamualaikum....

Saya ni baru terjebak dengan green tea atau teh hijau...maklum la kan usia dah bertambah ni kena la peka lebih sikit pasal kesihatan hehe. Sekarang ni boleh katakan setiap hari saya minum teh hijau. Apabila dah minum tu sudah tentu la nak tau kan apakah khasiat dan kelebihan teh hijau yang orang dok perkatakan tu. Jadi mula la saya dok skodeng websites kesihatan dari luar negara yang banyak mengulas tentang khasiat dan kebaikan teh hijau....lebih puas hati sebab ada link hasil kajian. Jom baca kat bawah ni.....


Sumber gambar: Google


Teh hijau (green tea) adalah antara minuman paling berkhasiat di atas muka bumi ni sebab ianya kaya dengan antioksidan dan pelbagai lagi nutrient yang mempunyai kesan yang baik ke atas tubuh badan kita. Kajian mendapati bahawa dengan meminum teh hijau secara rutin dapat membantu menurunkan berat badan, mengurangkan risiko serangan jantung dan kanser, meningkatkan sistem pertahanan badan, melambatkan penuaan, dan lain-lain lagi.

1. Teh hijau mengandungi pelbagai bahan bioaktif yang dapat memperbaiki tahap kesihatan

Teh hijau diperkaya dengan polifenol seperti flavonoid dan catechin, yang berfungsi sebagai antioksidan yang kuat. Bahan-bahan ini boleh mengurangkan pembentukan radikal bebas dalam badan, melindungi sel-sel dan molekul dari kerosakan. Radikal bebas sangat merbahaya kerana ia menyumbang kepada penuaan dan pelbagai jenis penyakit lain.

Salah satu bahan yang lebih berkuasa dalam teh hijau adalah antioksidan Epigallocatechin Gallate (EGCG). Menurut kajian, antioksidan EGCG ini dapat merawat pelbagai jenis penyakit dan mungkin salah satu sebab utama kenapa teh hijau mempunyai ciri-ciri perubatan.

Teh hijau juga mempunyai sejumlah kecil mineral yang penting untuk kesihatan.


2. Bahan-bahan dalam teh hijau boleh meningkatkan fungsi otak dan menjadikan anda lebih pintar

Teh hijau bukan sekadar memberikan anda kesegaran, ia juga boleh menjadikan anda lebih pintar. Bahan aktif yang utama ialah kafein yang diketahui boleh bertindak sebagai perangsang. Jumlah kafein yang terkandung dalam teh hijau adalah tidak sebanyak yang terkandung dalam coffee, tetapi cukup untuk menghasilkan tindak balas tanpa menyebabkan kesan 'gelisah' yang dikaitkan dengan kafein berlebihan.

Bagaimana kafein berfungsi dalam otak adalah dengan menyekat satu 'inhibitory neurotransmitter' yang dipanggil Adenosine. Dengan cara ini, ia sebenarnya meningkatkan aktiviti neuron dan juga penumpuan neurotransmitter lain seperti dopamine dan norepinephrine.

Kajian berkenaan kafein telah dilakukan secara intensif sebelum ini dan secara konsisten membawa kepada peningkatan dalam pelbagai aspek fungsi otak, termasuk memperbaiki mood, kepekaan, tindak balas, dan ingatan.

Teh hijau bukan hanya mengandungi kafein tetapi lebih daripada itu. Ia juga mengandungi asid amino L-theanine yang berupaya mengatur aliran darah. L-theanine juga bertindak ke atas otak dengan memberi kesan anti-keresahan dan meningkatkan dopamine serta penghasilan gelombang alpha di dalam otak.

Kajian mendapati bahawa kafein dan L-theanine boleh mendatangkan kesan sinergi. Gabungan kedua-dua unsur tersebut amat berkesan untuk memperbaiki fungsi otak. Oleh kerana L-theanine dan sedikit dos kafein, teh hijau boleh memberikan kesan yang lebih ringan dan berbeza berbanding coffee.

Ramai pengguna melaporkan bahawa mereka mempunyai tenaga yang lebih stabil dan menjadi lebih produktif apabila minum teh hijau berbanding coffee.


3. Teh hijau meningkatkan pembakaran lemak dan memperbaiki prestasi fizikal

Dalam ujian yang dijalankan, teh hijau telah terbukti dapat meningkatkan pembakaran lemak dan kadar metabolisme.

Kandungan polifenol yang terdapat dalam teh hijau dapat meningkatkan kadar metabolisme.

Dalam satu kajian yang dijalankan ke atas 10 lelaki yang sihat, mendapati bahawa teh hijau meningkatkan penggunaan tenaga sebanyak 4 peratus.

Satu lagi kajian menunjukkan bahawa pengoksidaan lemak telah meningkat sebanyak 17 peratus, menunjukkan bahawa teh hijau boleh meningkatkan pembakaran lemak.

Kafein yang terdapat dalam teh hijau dapat membantu meningkatkan prestasi fizikal dengan mengaktifkan asid lemak daripada tisu-tisu lemak dan ia berguna untuk tenaga.


4. Antioksidan dalam teh hijau boleh mengurangkan risiko pelbagai jenis kanser

Kanser adalah disebabkan pertumbuhan sel-sel secara tidak terkawal dan ia merupakan salah satu punca utama kematian di dunia. Seperti yang diketahui bahawa kerosakan oksidatif menyumbang kepada pertumbuhan kanser dan antioksidan tersebut boleh memberi kesan perlindungan.

Teh hijau adalah sumber antioksidan yang terbaik, jadi adalah wajar ia boleh mengurangkan risiko mendapat penyakit kanser seperti kanser payudara, kanser prostat, kanser kolon, dan lain-lain.

Penting untuk kita ketahui bahawa dengan mencampurkan susu dalam teh boleh mengurangkan nilai antioksidan yang terdapat dalam teh tersebut.


5. Teh hijau boleh melindungi otak anda ketika usia tua, mengurangkan risiko Alzheimer dan Parkinson

Teh hijau bukan sahaja meningkatkan fungsi otak dalam jangka masa pendek, ia juga boleh melindungi otak anda pada usia tua. 

Alzheimer adalah penyakit penurunan fungsi dan daya ingatan otak yang menyebabkan hilang ingatan (lupa), permulaan kepada nyanyuk, dan perubahan mood yang ketara. Penyakit Alzheimer ini dimulai dengan hilangnya sedikit ingatan dan kebingungan, yang akhirnya menyebabkan kelemahan mental sehingga tidak dapat mengingat, berfikir, belajar, berimaginasi, dan membuat keputusan yang betul. 

Penyakit Parkinson adalah satu penyakit saraf yang boleh berlaku di kalangan warga emas. Ia disebabkan oleh kerosakan sel otak yang mengakibatkan pengurangan sejenis bahan kimia yang dipanggil dopamin. 

Bahan bioaktif yang terdapat dalam teh hijau mempunyai pelbagai kesan perlindungan pada neuron dan boleh mengurangkan risiko penyakit Alzheimer dan Parkinson. 


6. Teh hijau boleh membunuh bakteria, yang mana boleh meningkatkan kesihatan gigi dan mengurangkan risiko jangkitan

Catechin yang terdapat dalam teh hijau mempunyai kesan biologi yang lain. Beberapa kajian menunjukkan bahawa ia boleh membunuh bakteria dan menghalang virus seperti virus influenza, seterusnya berpotensi mengurangkan risiko jangkitan.

Streptococcus mutans adalah bakteria berbahaya yang utama di dalam mulut. Ia menyebabkan pembentukan plak dan merupakan penyumbang kepada kaviti dan kerosakan gigi. 

Kajian menunjukkan bahawa catechin dalam teh hijau boleh menghalang pertumbuhan streptococcus mutans. Pengambilan teh hijau adalah dikaitkan dengan peningkatan kesihatan gigi, merendahkan risiko kerosakan gigi, dan mengurangkan nafas berbau.


7. Teh hijau boleh mengurangkan risiko diabetes jenis II

Diabetes adalah satu keadaan di mana tahap gula di dalam darah anda adalah tinggi dari normal. Ia adalah satu daripada faktor utama untuk mendapat sakit jantung atau angin ahmar.

Diabetes jenis II adalah "Diabetes atau Non-Insulin Dependent Diabetes Mellitus" (tidak bergantung pada insulin). Ianya jenis paling biasa ditemui dan lebih daripada 90% penghidap diabetes adalah penghidap jenis ini. Selalunya berlaku pada orang yang berumur dan berat badan berlebihan.

Kajian menunjukkan bahawa teh hijau boleh meningkatkan sensitiviti insulin dan mengurangkan kadar gula dalam darah. 

Satu kajian yang dilakukan pada individu Jepun mendapati bahawa mereka yang minum teh yang paling hijau mempunyai risiko 42% lebih rendah untuk menghidap diabetes jenis II.


8. Teh hijau boleh mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular

Penyakit kardiovaskular, termasuk penyakit jantung dan strok, adalah salah satu penyebab utama kematian di dunia. 

Kajian menunjukkan bahawa teh hijau boleh mengurangkan beberapa faktor utama risiko penyakit-penyakit tersebut. Ini termasuk jumlah kolesterol, kolesterol LDL, dan trigliserida.

Teh hijau juga meningkatkan keupayaan antioksidan dalam darah, di mana ia dapat melindungi zarah kolesterol LDL daripada pengoksidaan, yang merupakan salah satu punca ke arah penyakit jantung.

Oleh itu mereka yang minum teh hijau mempunyai risiko lebih rendah untuk mendapat penyakit kardiovaskular.


9. Teh hijau boleh membantu anda mengurangkan berat badan dan merendahkan risiko obesiti

Memandangkan bahawa teh hijau boleh meningkatkan kadar metabolisme dalam jangka masa pendek, jadi ini menunjukkan bahawa ia boleh membantu anda menurunkan berat badan.

Beberapa kajian menunjukkan bahawa teh hijau boleh membantu mengurangkan lemak dalam badan, terutamanya di kawasan perut.


10. Teh hijau boleh mengurangkan risiko kematian dan membantu anda untuk hidup lebih lama

Sudah tentu kita semua akan mati dan itu memang tidak dapat dielakkan.

Walau bagaimanapun, memandangkan bahawa peminum teh hijau mempunyai risiko yang lebih rendah daripada penyakit kardiovaskular dan kanser, ini menunjukkan bahawa ia boleh membantu anda hidup lebih lama. Kita berusaha, apa pun ajal maut hanya di tangan Allah SWT.


Personal FB: Nik Azidah

8 comments:

  1. Kunjungan pertama dari indonesia.ternyata teh hijau boleh mengurangi resiko kematian. Thanks

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sudi berkunjung ke sini :)

      Delete
  2. green tea kalau minum, ida kene tutup hidung hehehhee....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Brand apa tu sampai kena tutup hidung hehe...sy guna yg brand Ahmad :)

      Delete
  3. feveret.. kalo boleh memang tak letak gula..
    kadang2 je letak sikit..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba gantikan gula dengan madu...sy biasa letak lemon :)

      Delete
  4. Xpernah minum teh hijau.. Huhu..

    Salam knl sis.. Terima ksh atas perkongsian..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba la untuk kesihatan...salam perkenalan juga dan tq sudi jenguk sini :)

      Delete