Lemak Jatuh Menjadi Punca Wajah Hilang Bentuk

Assalamualaikum....

Tak perlu tengok jauh, tengok diri sendiri dah la kan, saya pun perasan sejak usia masuk 30-an ni bentuk wajah dah tak sama macam dulu. Kalau dah masuk 40-an, 50-an macam mana...bak kata suami itu la faktor penuaan hehe. Okey jom kita tengok apa punca yang menyebabkan wajah hilang bentuk, sekurang-kurangnya kita tahu apa yang perlu dilakukan untuk melambatkan proses penuaan :)


Sememangnya diakui peningkatan usia menyebabkan permasalahan kulit yang melendut menjadikan kita kehilangan simetri wajah yang asal. Apa yang terjadi adalah disebabkan kejatuhan lemak pada muka dan kehilangan kolagen semulajadi.

Hal ini menimbulkan masalah yang dikenali sebagai fat jowls iaitu keadaan di mana lemak jatuh di bawah pipi. Fat jowls yang terjadi meski pun tidak ketara seperti kedutan dan pigmentasi tetap menjadi satu fenomena yang menghodohkan. Wajah serta merta nampak tua dan riak wajah seolah-olah muram dan tertekan. Kehadiran fat jowls menimbulkan kesan penuaan wajah yang ketara dan sukar disembunyikan dengan kosmetik.

Untuk memberi gambaran jelas tentang fat jowls cara mudah adalah dengan memerhatikan ibu-ibu kita yang sudah tua. Ia mungkin tidak menjadi masalah buat wanita yang menjadi suri rumah tapi yang masih dalam dunia kerjaya, kehadiran lemak ini akan menjejaskan penampilan mereka.

Kehadiran lemak pada kawasan rahang sebegini membuatkan wajah nampak kendur. Lemak yang berkumpul semakin lama semakin banyak menjadikan wajah dipenuhi garis-garis penuaan. Untuk memahami proses pembentukan sekelompok lemak yang begini adalah lebih baik kita mengenali struktur muka kita terlebih dahulu. 

Pada wajah kita terdapat banyak salur darah dan saluran lymphatic. Sel-sel pada kulit paling mudah beraplikasi. Ini bermakna sebarang luka atau calar pada muka lebih cepat sembuh berbanding sel-sel kulit bahagian lain. 

Muka kita disokong oleh struktur tulang yang nipis. Tengkorak kita mempunyai struktur keras hanya pada bahagian kepala. Pada bahagian muka ia merupakan struktur tulang nipis yang berupa tulang cribriform. 

Tulang ini mempunyai lubang-lubang halus yang sangat banyak. Bahkan keseluruhan permukaannya mempunyai lubang-lubang. Terdapat juga tulang rawan yang merupakan tulang lembut yang membentuk hidung dan cuping telinga. Terdapat juga tulang jenis ini pada sekitar soket mata kita. 

Faktor Pembentukan Fat Jowl

Salur lymphatic yang tersumbat - Apabila salur lymphatic tersumbat maka sel-sel lemak akan terperangkap dan tidak dapat bergerak. Lemak cair bergerak di dalam saluran lymphatic iaitu sistem pergerakan lemak yang penting dalam tubuh badan kita. Apabila salurannya tersumbat maka lemak akan berkumpul pada muka menyebabkan muka nampak berat dan melendut ke bawah. 

Graviti - Tindakan graviti menjadikan masalah ini semakin ketara. Usaha mengurut wajah dan menarik ke atas semula hanyalah memberi kesan sementara disebabkan oleh tindakan graviti yang kuat.

Otot yang mengembang - Otot-otot wajah yang mengembang membuatkan muka nampak besar dan semakin lama semakin kembang. Bagi mereka yang mempunyai tulang pipi yang tinggi, masalah ini membuatkan mata menjadi seolah-olah mengecil.

Kehilangan kolagen pada kulit - Kehilangan kolagen membuatkan kulit tidak membaluti muka dengan baik. Ini membuatkan kulit kita mengendur. Ia juga menyumbang kepada pembentukan fat jowls yang menghodohkan. 

Kekurangan hormon - Banyak hormon yang berinteraksi dan terlibat dalam metabolisme lemak. Metabolisme lemak penting kerana lemak digunakan bagi penghasilan tenaga. Apabila hormon metabolisme kurang maka lemak berkumpul pada muka dan kita akan menghadapi masalah kekurangan tenaga. Dalam kes ini lemak bukan sahaja berkumpul pada muka, malah pada belakang badan dan juga lengan. Hal ini juga menjadikan seseorang itu keletihan dan mudah murung.


Sumber gambar: Google


Personal FB: Nik Azidah

2 comments:

  1. ades seram plak bace.. ceq ni banyak lemak kat pipi ni ha..
    nanti takut jatuh =O

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cepat2 angkat sebelum jatuh hehe...

      Delete