Sumber Makanan Untuk Keperluan Nutrisi Lelaki

Assalamualaikum...

Hai selama ni dok update pasal kesihatan dan kecantikan wanita je kan, jadi hari ni kita update pasal lelaki plak. Lelaki pun nak jaga kesihatan juga kan tak kan wanita je.

Dalam memenuhi tuntutan selera harian, anda sebagai lelaki perlu bijak membuat pilihan tepat dalam pengambilan makanan supaya memenuhi keperluan nutrisi yang diperlukan, seimbang, dan tidak memudaratkan.

Walaupun terdapat beberapa makanan yang disyorkan perlu diambil setiap hari, keperluan makanan adalah berbeza mengikut jantina yang sekaligus membawa kepada kepelbagaian makanan. Berikut disenaraikan makanan yang perlu diambil oleh lelaki.


1. Tomato



Buah yang popular ini memberi pelbagai manfaat kepada lelaki kerana bahan likopena (sejenis fitokimia) berperanan merendahkan kolesterol, mengurangkan risiko kanser kolorektum, dan penyakit jantung. Kajian menunjukkan lelaki yang kerap memakan makanan yang tinggi kandungan likopena berisiko rendah mendapat kanser prostat.


2. Kacang Brazil




Ia baik untuk jantung dan hati. Kacang Brazil sangat baik untuk lelaki kerana kandungan seleniumnya yang tinggi. Ia merupakan bahan yang baik untuk meningkatkan kesihatan sperma dan mortilitinya. Selenium juga membantu merendahkan lipoprotein berketumpatan rendah (LDL) atau kolesterol selain bertindak sebagai meningkatkan mood.


3. Kubis



Kubis dan kubis Brussels adalah sayuran penting yang mesti dimasukkan dalam diet seorang lelaki kerana kandungan melawan kanser yang merendahkan risiko kanser prostat dan kolorektum.


4. Telur




Jika anda mudah mengalami keguguran rambut, penyelesaiannya adalah mudah iaitu telur. Ini kerana telur merupakan sumber protein dan biotin (vitamin B7) yang menggalakkan pertumbuhan rambut. Malah kuning telur adalah sumber zat besi yang baik. Banyak penyelidikan menyatakan ia dapat membantu mengurangkan keguguran rambut yang berpunca daripada anemia.


5. Beri biru



Beri biru mempunyai kaitan dengan penurunan risiko kanser prostat kerana ia mengandungi bahan proanthocyanidin (sejenis flavonoid) yang tinggi. Buah ini dapat mengurangkan risiko penyakit jantung, kehilangan memori berkaitan usia dan diabetes Jenis 2 yang kesemuanya lebih memudaratkan lelaki berbanding wanita.


6. Delima



Padat dengan unsur antioksida, vitamin, dan mineral. Kajian menunjukkan pengambilan delima secara kerap dapat membantu merendahkan kolesterol yang merupakan masalah biasa di kalangan lelaki. Banyak kajian yang menyarankan minum jus delima segelas sehari dapat memperlahankan tahap merebaknya kanser prostat.


7. Bawang putih

Kelebihan bawang putih untuk kesihatan jantung diketahui umum kerana ia merendahkan kolesterol, mengurangkan risiko jantung tersumbat, malah penemuan dalam Jurnal Institut Kanser Nasional menunjukkan kekerapan pengambilan potongan bawang putih dan bawang merah mengurangkan risiko kanser prostat.


8. Salmon
Ikan laut ini adalah sumber asid lemak omega-3 yang berfungsi merawat pelbagai masalah kesihatan lelaki. Selain merendahkan kandungan LDL atau kolesterol tidak baik, ia turut mengurangkan tekanan dan merendahkan risiko kanser prostat dan kolorektum.


9. Bijirin



Mengandungi pelbagai vitamin, mineral dan serat, baik untuk lelaki dan wanita namun vitamin B di dalamnya memberi manfaat kepada lelaki. Vitamin B9 (folat) memastikan kesihatan sperma, vitamin B7 (biotin) mengurangkan keguguran rambut dan silika membantu pertumbuhan rambut sihat.


Personal FB: Nik Azidah

2 comments: