11 Sumber Makanan Untuk Tingkatkan Kolagen

Sebelum ni saya ada tulis posting tentang muka ‘jatuh’ disebabkan kehilangan kolagen. Sebabnya kolagen inilah yang membantu meremajakan dan menganjalkan kulit kita. 

Dalam badan kita memang sejak azalinya dah ada kolagen. Tapi apabila meningkat usia, kolagen semakin lama akan semakin berkurangan.

Okay ambik tempat masing-masing. Mai sini saya nak cerita tentang sumber makanan untuk tingkatkan kolagen dalam badan. Senang je nak dapatkan, ada dijual kat pasar dan pasar raya. 

1. Ikan, terutamanya ikan tuna dan salmon.
2. Sayur-sayuran berwarna merah. Contohnya tomato, lada, dan ubi bit.
3. Sayur-sayuran berwarna hijau gelap. Contohnya bayam.
4. Sayur-sayuran berwarna oren. Contohnya lobak merah dan ubi keledek.
5. Buah beri. Contohnya blackberry dan raspberry.
6. Soya.
7. Teh putih.
8. Buah-buahan sitrus. Contohnya buah oren, limau nipis, lemon, dan limau gedang.
9. Makanan yang mengandungi protein. Contohnya putih telur. 
10. Bawang putih.
11. Tiram.


Haaaa itu dia dah cukup 11 jenis sumber makanan. Penerangan untuk setiap satu tu saya tulis kemudian ye. Nak tulis semua sekali memang panjang berjela-jela.

Nanti kita sambung lagi ye.



Lemak Jatuh Menyebabkan Wajah Hilang Bentuk

Peningkatan usia boleh menimbulkan masalah fat jowls (lemak jatuh di bawah pipi). Eh tetiba ambik cermin tengok muka sendiri. Hehe. 


Ada sesetengah orang jenis tak kisah. Tapi saya memang kisah. Tak nak la muda-muda lagi muka dah hilang simetri asalnya. Sebab ini boleh menyebabkan muka kita nampak tua dan muram. Kalau memang dah berusia tu lain cerita la. Kang umur 70 tahun muka tegang teng teng nampak pelik pulak. Haha.


Nak tau kenapa jadi macam tu? Salah satunya ialah disebabkan kehilangan kolagen pada kulit. Iya semakin berusia, kolagen dalam badan kita semakin berkurangan.


Kehilangan kolagen menyebabkan kulit tidak membaluti muka dengan baik. Itu yang kulit boleh jadi kendur tu. Kolagen adalah sejenis protein yang terdapat dalam tisu badan, yang membantu memelihara tulang, keremajaan dan keanjalan kulit. Kolagen boleh jadi ejen anti-penuaan tau, awet muda uuuuu. Ehemmmm ;) 


Ada beberapa sumber makanan yang boleh tingkatkan kolagen dalam badan kita. Nanti saya kongsi dalam posting lain ye. Ada 11 jenis sumber makanan. Tunggu tau. Thanks sudi baca. :)


Ini gambar contoh individu yang ada masalah fat jowls. 
Gambar sumber dari Google