Lemak Jatuh Menyebabkan Wajah Hilang Bentuk

Peningkatan usia boleh menimbulkan masalah fat jowls (lemak jatuh di bawah pipi). Eh tetiba ambik cermin tengok muka sendiri. Hehe. 


Ada sesetengah orang jenis tak kisah. Tapi saya memang kisah. Tak nak la muda-muda lagi muka dah hilang simetri asalnya. Sebab ini boleh menyebabkan muka kita nampak tua dan muram. Kalau memang dah berusia tu lain cerita la. Kang umur 70 tahun muka tegang teng teng nampak pelik pulak. Haha.


Nak tau kenapa jadi macam tu? Salah satunya ialah disebabkan kehilangan kolagen pada kulit. Iya semakin berusia, kolagen dalam badan kita semakin berkurangan.


Kehilangan kolagen menyebabkan kulit tidak membaluti muka dengan baik. Itu yang kulit boleh jadi kendur tu. Kolagen adalah sejenis protein yang terdapat dalam tisu badan, yang membantu memelihara tulang, keremajaan dan keanjalan kulit. Kolagen boleh jadi ejen anti-penuaan tau, awet muda uuuuu. Ehemmmm ;) 


Ada beberapa sumber makanan yang boleh tingkatkan kolagen dalam badan kita. Nanti saya kongsi dalam posting lain ye. Ada 11 jenis sumber makanan. Tunggu tau. Thanks sudi baca. :)


Ini gambar contoh individu yang ada masalah fat jowls. 
Gambar sumber dari Google




No comments:

Post a Comment